Parti Baru Ditubuh Berasaskan Semangat Kepada Perjuangan Orang MeIayu, Bukan Duit – Tun M

Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan satu lagi parti yang “akan berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan peribumi” sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.

“ Untuk kami teruskan perjuangan asal kami, terpaksalah kami bebas diri atau menjadi ahli parti yang baru.

“ Ini kerana parti-parti berasas kepada Melayu dan peribumi yan wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary hari ini.

https://www.facebook.com/astroawani/videos/304470377671183/

Bagaimanapun, jelas beliau parti baru yang belum dinamakan itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran “iaitu tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional.”

Beliau memberikan jawapan sama ‘tidak terikat’ ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama dengan Warisan.

Menjelaskan lanjut mengenai asas perjuangan parti baru itu, Dr Mahathir berkata matlamatnya masih bertujuan “menghapus rasuah dan kleptokrasi” dan menegaskan perjuangan wadah politik baru itu “berasas semangat, bukan duit.”

“ Ahli hendaklah pegang kepada perjuangan ini.

“ Tidak ada jaminan bagi sesiapa untuk jawatan tertentu dalam parti atau dalam kerajaan,” katanya.

Parti baru itu buat sementara waktu akan diterajui oleh Mahathir sebagai pengerusinya dan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai presiden.

Turut kelihatan pada sidang media hari ini ialah bekas pemimpin Bersatu, Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak hadir dan dikatakan sedang berada di Johor untuk meraikan majlis persaraan ibunya.

Walaupun keahlian untuk bukan Melayu masih belum diputuskan lagi, Dr Mahathir menjelaskan parti itu akan menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia.

“ Parti ini akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang kepada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.

“ Parti ini juga bertujuan untuk menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan sifat khianat, menipu, membohong, rasuah dan tamak akibat perbuatan pemimpin parti-parti Melayu yang lain,” katanya.

MALAYSIAKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

2 Comments

  1. Mula saja begini.. Ke generasi ahli politik yg akan datang akan berbalik seperti parti politik yg lama

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*