Terkini

DBKL sita ‘Bazar Warga Asing’

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan 11 tindakan sita terhadap bazar Ramadan yang diusahakan oleh warga asing dalam Tindakan Khas Bazar Warga Asing di sekitar Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur pada Isnin.

11 tindakan sita yang dijalankan adalah untuk menyita peralatan dan barangan perniagaan di premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing berkenaan.

Antara barangan dan peralatan yang disita termasuk makanan, sayur campur, buah-buahan, mesin tebu dan payung.

Semua barangan yang disita telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Tindakan khas yang dilakukan oleh DBKL ini adalah menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Parlimen Batu, Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan ini adalah tertakluk dibawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil 3(1) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top