Pastinya Dirindui, Pembaca Berita RTM Farit Ismeth Emir Pergi Selamanya. Anak Kongsikan Berita

Satu berita yang mengejutkan kita terima hari ini, apabila dimaklumkan pembaca berita TV1, Farit Ismeth Emir telah meninggal dunia hari ini.

Arwh merupakan Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang terkenal pada awal 1990-an.

Mesra dengan panggilan ‘Pakngah’, Farit merupakan antara pembaca berita yang pastinya dirindui.

Beliau yang berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Berita yang mendukacitakan itu didapati menerusi perkongsian Facebook bekas kakitangan RTM, Rozimah Mahyiddin, lebih kurang satu jam yang lalu.

Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Berita tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

Farit menyertai RTM pada 1986 dan sinonim dengan segmen Berita Dunia Jam 10 yang bersiaran selama 1 jam tentang perkembangan dunia.

Beliau juga terkenal sebagai suara di sebalik slogan iklan Dunhill “Gaya, Mutu, Keunggulan” semasa iklan jenama tembakau dibenarkan serta beberapa iklan terkenal lain di televisyen.

“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” katanya.

Penyampai berita veteran, Harjit Singh Hullon yang sering tampil bersama Farit di Dunia Jam 10 menggambarkan beliau sebagai “sahabat setia”.

“Dia selalu bersedia menolong sesiapa sahaja yang meminta nasihat atau pertolongannya, terutama penyampai TV baru. Dia mungkin kelihatan seperti lelaki yang tegas, tetapi sebenarnya dia bersuara lembut dan ramah,” katanya kepada FMT.

Dukacita dimaklumkan kami telah kehilangan sebutir permata hari ini.Farit Ismeth Emir, pembaca berita RTM atau lebih…

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Sunday, April 19, 2020

Pembaca berita Azam Hussain turut memuat naik status di Facebook berhubung kematian Pak Ngah. Dia turut bersedih atas kehilangan seorang lagenda dalam bidang penyampai berita yang sudah lama berkhidmat di RTM.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*