Patut La Berani Pasang Lagu Raya, Pihak Ini Tampil Jelaskan Van Yang Tular Meraih Perhatian Ramai

Sejak beberapa hari lalu tular beberapa video yang menyaksikan sebuah van dengan speaker.

Van tersebut yang bergerak di sekitar sebuah kawasan dengan lagu raya nostalgia telah meraih perhatian ramai.

Ada yang tertanya-tanya siapakah individu yang ‘buat hal’ pasang lagu raya menggunakan speaker itu.

Disebabkan itu ada warganet yang giat merakam kelibat van pasang lagu raya tersebut yang bergerak dari satu lokasi dan sering ditemui di jalan raya dan berkongsikannya menerusi media sosial.

Dari kawasan perumahan, melalui pekan kecil hinggalah melepasi roadblock, van ini tetap memasang lagu hari raya dengan menggunakan speaker di atasnya.

Buat yang tertanya siapakah di sebalik agenda van lagu raya tersebut, ia sebenarnya adalah milik Jabatan Penerangan Kota Tinggi.

Menerusi penjelasan yang ditulis di Facebook rasmi Pmr Penerangan Kota Tinggi, van tersebut digunakan untuk Program Takzirah On Wheels.

Menurut pihak tersebut tujuan mereka memasang lagu raya tersebut hanyalah untuk menghiburkan pengguna jalan raya setelah selesai program Takzirah On Wheels itu.

Di kesempatan itu juga mereka turut memohon maaf sekiranya ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kejadian itu.

Berikut antara dua video yang menjadi tular dan telah meraih perhatian ramai:

Amboi, bukan main pilihan lagu hari raya yang dipasang pun! Di ruangan komen rata-rata netizen meninggalkan reaks mereka seperti berikut:

HIMPUNAN CERITA LAWAK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*