Dunia Penuh Resah Gelisah. Zul Yahya Seru Umat Islam Mohon Keampunan Allah

Pelakon Zul Yahya mengajak orang ramai memperbanyakkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia termasuk mengejar kehidupan dunia sehingga lalai menjadi umat Muhammad yang berguna.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook berkata, wabak Cov1d 19 yang menimbulkan kegelisahan masyarakat dunia dianggap sebagai peringatan Allah SWT untuk hambaNya yang banyak melakukan d0sa.

Mengakui dirinya masih jahil, pelakon berusia 47 tahun itu meluahkan perasaan sedih apabila kehidupan ketika ini sudah terbatas kerana masjid dan surau telah ditutup bagi mengelak penularan w4bak tersebut.

“ Kita tak boleh lagi bebas macam dulu, bebas untuk beribadah. Allahuakbar! Ini pengajaran bagi kita. Iman masih lagi belum sempurna.

“ Cukuplah, kita dah banyak buat kemungkaran dan perkara Allah tak suka. Banyak maks1at berlaku, perlakuan s0ngsang,” katanya.

Dalam video berdurasi 23 minit 11 saat itu, Zul menyeru orang ramai menghidupkan suasana masjid di dalam rumah dengan melakukan amal ibadah dan memperbaiki diri masing-masing.

“ Sentiasa lihat kebesaran Allah SWT, jangan lagi lihat kebesaran dunia. Tengok Allah hantar makhluk yang kecil je, huru-hara dah satu dunia.

“ Sampai bila kita nak biarkan masjid sepi? Sepi tiada tangisan dan amalan. Tiada apa-apa ibadah di masjid.

“ Kita yang ada agama pun tak dapat nak tunjuk agama kita pada orang tiada agama. Allah dah sediakan syurga untuk kita tapi kita tak nampak,” ujarnya.

Lihat video penuh dibawah:

Posted by Zul Yahya on Tuesday, March 17, 2020

Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan Zul Yahya. Oleh itu, Insaflah dan bertaubatlah. Bergantung lah kepada Allah dalam menghadapi cov1d 19 ini.

Rata rata semua setuju dengan apa yang Zul Yahya cuba sampaikan.

Saya cukup setuju dengan abang Zul

Betul apa yang Zul katakan tu

Sumber:OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*