Pelik Adib Hanya Cedera Bahagian Rusuk. Doktor Pakar Pula Dedah ‘Sesuatu’ Selepas Rawat Adib

Ada beberapa faktor boleh menyebabkan keced3raan pada bahagian dada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dipercayai akibat objek tumpul ketika rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.

Saksi ke-13 inkues kemaatian Muhammad Adib, Pakar Kardiotorasik di Ramsay Sime Darby Subang Jaya Medical Center, Dr S Anand berkata, ia berdasarkan keputusan imbasan CT dan sinar-X pada anggota bomba berkenaan yang dilakukan di hospital terbabit.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan termasuk pernah memberikan keterangan dalam inkues berkata, faktor keced3raan itu mungkin berpunca akibat keced3raan akibat ‘crush injur1es’, jatuh dari bangunan tinggi atau serangan.

Keced3raan hanya di bahagian rusuk

Bagaimanapun, katanya, sepanjang pengetahuannya bagi kes berpunca daripada s3rangan, keced3raan lazimnya tidak hanya tertumpu pada satu tempat sahaja dan dapat dilihat di beberapa anggota badan lain.

“ Bagaimanapun, saya rasa agak luar biasa dalam kes ini apabila keced3raan hanya di bahagian rusuk,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah pada hari kelapan prosiding inkues berkenaan di Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, saksi sama berkata, dia mendapat panggilan memaklumkan kejadian daripada Doktor Bahagian Kecemasan di hospital berkenaan, Dr M Nantha, 39, kira-kira 2 pagi, pada 27 November 2018.

Beliau berkata, sebaik tiba di hospital, dia melihat keadaan Muhammad Adib agak krit1kal dengan tekanan darah rendah dan kadar denyutan nadi laju serta tahap oksigen berkurangan.

Bahagian kanan badan bengkak melampau

“ Mula-mula sekali saya ada membuat penilaian dan melihat mngsa dengan keadaan bengkak yang melampau pada bahagian kanan (badan) kerana pengumpulan udara,” katanya.

Beliau kemudian mengarahkan mngsa dihantar ke unit radiologi untuk sinar-X dan imbasan CT.

“ Ujian mengesahkan bengkak pada tubuh mngsa disebabkan pneumotoraks (kebocoran paru-paru), patah di beberapa tulang rusuk dan ‘pulmonary contusion’ iaitu lebam antara tisu paru-paru di samping keadaan paru-paru tidak normal.

“ Saya dengan dibantu doktor lain membantu menstabilkan tekanan darah mngsa yang rendah,” katanya.

Menjawab soalan lain diajukan Zhafran, Dr Anand berkata, keputusan untuk memindahkan Muhammad Adib ke Institut Jantung Negara (IJN) hanya kira-kira 7 malam selepas perbincangan antara pakar dari institusi berkenaan dan wakil keluarga mngsa.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan mesin khas bagi rawatan lanjut anggota bomba berkenaan hanya didapati di dua lokasi di negara ini termasuk satu daripadanya di IJN.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin ini.

Ia bagi memberi laluan kepada keputusan permohonan dua pihak di Mahkamah Rayuan, Putrajaya yang mahu menjadi pihak berkepentingan dalam inkues berkenaan.

Sumber: hmetro &  Newsviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*