Pelik Bagaimana Sspek Datuk Seri Ini Boleh Lompat Pagar SPRM, Ini Reaksi Padu Toki PPIM

Kuala Lumpur: Kehilangan sspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang har4m sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu menimbulkan seribu tanda tanya.

Malah, timbul tanda tanya adakah sspek yang menjadi dalang dan dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilarikan atau dibantu pihak tertentu.

Sehingga kini belum ada maklum balas berhubung kejadian berkenaan yang dikeluarkan PDRM dan SPRM walaupun ia hangat diperkatakan di media sosial.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.

“Apakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan sspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak?

“Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?

“Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya.

Nadzim berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu ia boleh menjejaskan imej badan penguat kuasa yang diberi amanah besar.

“Bagaimana sspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?

“Ketika jangka masa penyerahan sspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan.

“Kita berdepan kes penipuan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa. Saya harap ada penjelasan berhubung isu ini,” katanya.

Isnin lalu, sspek utama itu dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi sspek yang juga dalang utama kes penipuan Macau Scam dan dua pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan j-udi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Lari Panjat Pagar Bngunan SPRM, Peguam Ini Bersuara Dan Dia Sendiri Pun Kagum

Beberapa hari lalu media telah melaporkan seorang sspek yang dikaitkan dengan aktiviti Mcau Scam dan penggubahan wang hram berjaya larikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)

Difahamkan saspek yang didkwa mempunyai gelaran Datuk Seri palsu terbabit sepatutnya turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kgiatan jvdi dalam talian.

Bagaimanapun, saspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Susulan berita yang tular di laman sosial itu, rata-rata warganet berasa hairan macam mana saspek boleh larikan diri.

Malah beberapa pihak juga tampil mengulas isu tersebut, antaranya adalah peguam popular, Nor Zabetha.

Kalangan warganet mengenali Zabetha sebagai seorang peguam yang banyak berkongsi pengalaman mengendalikan kes membabitkan penipuan.

Malah Zabetha juga sering mengulas cerita-cerita tular seperti isu membabitkan Eira Aziera yang menghiina seorang wanita baru-baru ini.

Cerita pasal pagar

” Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Saya masuk acara larian, lari berpagar.

” Cikgu kata “Hah! Kamu tinggi. Kita tak cukup peserta. Kamu masuklah acara lari berpagar ni”.

” Menjadi saya yang sentiasa okay ini, terus saya setuju walaupun kaki saya gagal melompat. Bila tiba acara, habis saya tibai semua sampai jatuh.

” Satu pun tak tinggal saya jatuhkan. Diketawakan pula oleh pelajar lain. Tapi saya habiskan.

” Cumanya kagum saya, ada yang lagi hebat berjaya panjat pagar pagar SPRM dan lolos.

” Saya rasa mereka bukan sahaja kaki scammmer malah wakil rumah sukan dulu. Hehe! Itu yang champion bukan main.

” Kalau saya idaklah lepas. Pagar yang kecil rupa itu pun, saya gagal. Masa kecik dulu saiz halus dari sekarang pun tetap saya gagal melompat larian berpagar.

” Baru kita kita bersorak dan meraikan secara separa berkenaan isu kemenangan berjaya diberkasnya geng-geng penyamar Polis, LHDN, Kastam dll.

” Terlepas pula. Ada rasa ralat waktu baca berita tadi. Haih..” tulis Zabetha.

Sementara itu menerusi ruangan komen pula, rata-rata warganet turut berasa hairan macam mana saspek boleh loloskan diri dengan memanjat pagar.

Malah ada yang berkata pagar di belakang SPRM itu boleh tahan juga tingginya.

” Hebat sunggut lah dia, serba boleh, menyamar boleh, lompat pagar pun boleh,” komen Zabetha sebagai membalas reaksi warganet yang pelik bagaimana saspek boleh panjat pagar walaupun berbadan besar.

Sementar itu, difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi sspek terdiri daripada dalang utama serta dua pegawai polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sumber memaklumkan, polis sedang giat menjalankan usaha memburunya.

Sumber: Hmetro, Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*