Pelik Bila Zafar Ahmed Tak Boleh Cakap Melayu Dengan Fasih Pun, Tapi Buat Kenyataan Tak Sepatutnya

Terkini, beberapa persatuan dari komuniti Rohingya di negara ini memohon maaf kepada kerajaan persekutuan serta seluruh rakyat Malaysia atas beberapa kenyataan individu bernama Zafar Ahmed Abdul Ghani yang dilihat menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Menerusi satu kenyataan bersama, 17 persatuan Rohingya dari pelbagai negara hari ini menegaskan, Zafar Ahmed tidak pernah dipilih mewakili komuniti itu, serta tiada hak untuk membuat kenyataan mengenai kaum Rohingya di Malaysia.

” Dia telah diguna oleh musuh kami di Malaysia dan di Myanmar untuk mencemarkan imej kami.

” Ia juga telah mengganggu penempatan aman di Malaysia sementara kami menunggu untuk dibenarkan pulang ke Myanmar atau pergi ke negara lain

” Malah, amat membingungkan bahawa Zafar Ahmed tidak boleh menulis mahu pun berbicara dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, atau apa-apa bahasa sekali pun dengan fasih.

” Tetapi dia mampu membuat kenyataan yang tidak berpatutan, sekali gus merisikokan penempatan aman kami di sini,” kata komuniti berkenaan lagi.

Baru-baru ini Zafar, yang mendakwa dirinya sebagai Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), dikatakan telah menuntut beberapa perkara dari kerajaan Malaysia seperti peluang pekerjaan, akses kesihatan dan pendidikan.

Namun, beberapa media melaporkan beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bod#h, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Dalam pada itu, komuniti berkenaan berkata, mereka sebulat suara mengecam tindakan Zafar Ahmed yang mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa.

” Kami merayu kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan tegas ke atasnya.

” Jika tidak, individu ini akan terus mengeluarkan kenyataan yang berisiko tinggi dan boleh membahayakan nasib kaum Rohingya di negara ini.

” Kami juga bersyukur kerana kerajaan Malaysia dan rakyatnya masih membenarkan kami untuk terus tinggal sementara menunggu penempatan di negara ketiga.

” Kami juga memohon kepada semua agar mempunyai belas ehsan kepada nasib kaum Rohingya yang semakin rapuh,” kata mereka lagi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh:

1. Arakan Watch (www.arakanwatch.org)

2. Human Rights Association for Rohingya (HURAR)

3. Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA)

4. Rohingya Arakanese Refugee Committee (RARC)

5. Rohingya Education And Development Organization (READ)

6. Da’wah & Empowerment Association for Rohingya (DEAR)

7. Rohingya Cooperative Society (RCS)

8. Rohingya Association in Malaysia (RAM)

9. Rohingya Islamic Society in Malaysia (RISM)

10. Rohingya Youth Care (RYC), Malaysia

11. Rohingya Youth Development Forum (RYDF)

12. United Islamic Rohingya Organization for Development (UNROD)

13. Women for Rohingya (W4R)

14. Rohingya Islamic Center (RIC)

15. Australian Burmese Rohingya Association (ABRA)

16. Arakan Rohingya Youth Association (ARYA)

17. Rohingya Writers Network

Malaysia United

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*