OrangRamai Pelik Kenapa Lori Ni Bawa 48 OrangPekerja Kllang. BilaPolis Tahan, Mereka Dapati Kesemua Pekerja P0sitlfCovid-19

Sungai Petani: Sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong, dikesan membenarkan sekumpulan pekerjanya yang positif Covid-19 menaiki lori beramai-ramai sebelum mereka ditahan petang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, seramai 48 pekerja yang baharu dipakaikan gelang merah jambu didapati menaiki lori untuk pulang ke asrama penginapan mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, terdahulu video dan beberapa gambar sebuah lori tular di laman sosial menyebabkan polis berusaha mengesannya.

LORI yang membawa sebahagian pekerja kilang yang bergelang pink ditahan polis

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kemudian mengambil tindakan mengesan lori terbabit sebelum berjaya menahan kenderaan itu yang dalam perjalanan pulang ke Sungai Lalang.

“Hasil siasatan mendapati terdapat kes positif dikesan di sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong dan seramai 135 pekerja diarah ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda bagi dipakaikan gelang merah jambu.

“Dipercayai, majikan kilang berkenaan mengatur tiga kali perjalanan lori terbabit untuk membawa kesemua 135 pekerja yang positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Difahamkan, orang ramai yang menyaksikan tindakan lori membawa pekerja terbabit bertindak merakam video dan gambar menyebabkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.

POLIS mengesan 48 pekerja kilang yang berada dalam lori itu positif Covid-19

Adzli berkata, lori yang ditahan kereta peronda polis adalah yang membawa kumpulan terakhir pekerja kilang untuk pulang ke asrama.

“Seramai 48 pekerja kilang yang berada dalam lori itu dikesan positif Covid-19 dengan keadaan tangan bergelang merah jambu dan diarah dikuarantin di asrama.

“Pemandu lori itu kemudian disaman kerana kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan lain,” katanya.

Pihak pengurusan kilang turut disiasat Seksyen 22 (b) Akta 342 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

Kredit : HmetroOnline

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*