Pembayaran KWSP i-Lestari Bermula Esok. Ini Info Yang Patut Rakyat Tahu Sebelum Terima Duit

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pembayaran pengeluaran i-Lestari yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula 4 Mei sehingga 18 Mei 2020.

“Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank untuk membolehkan ahli membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran bank masing-masing.”

“Ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan tidak dibekukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli akan dimaklumkan melalui kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank mereka sekiranya akaun mereka adalah aktif dan tidak dibekukan.

Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank ahli bagi tujuan pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran di pihak bank masing-masing, yang mungkin mengambil tempoh satu hingga tiga hari dari tarikh KWSP membuat pindahan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, entiti tersebut telah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion sejak ia dilancarkan pada awal April lalu.

“KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun kami khuatir Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.

“Kami berharap ahli telah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka, kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia Gazette, Viddy Media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*