Pemuda Promosi Daging Dhab Sbagai Juadah Cetus Perdebatan Antara Netizen. Adakah Dhab Boleh Dimakan, Ini Jawapannya

Dhab merupakan sejenis spesis biawak yang hidup di padang pasir. Sudah tentu haiwan ini sangat berbeza dengan spesis biawak yang terdapat di Malaysia. Dari segi sains pula, haiwan Dhab ini tergolong dalam keluarga cicak.

Dhab ialah haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak dengan bertelur. Haiwan ini bersaiz lebih kecil berbanding biawak biasa dan mempunyai kulit tebal dan bersisik.

Haiwan ini juga tidak tergolong dalam kategori haiwan dua alam (tinggal di atas darat dan di dalam air). Dhab hanya makan tumbuhan atau sayuran serta banyak menghabiskan masa berlindung di dalam lubang yang digali sendiri.

Laman FacebookĀ Azr GardenĀ telah menarik perhatian netizen mengenai menu berbuka puasanya yang sangat ā€˜istimewaā€™. Pemuda yang mempromosi juadah berbuka puasa tersebut mengundang perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Ada juga segelintir individu yang kurang memahami telah mempertikaikan bagaimana juadah tersebut boleh dijual dan dimakan.

Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan Dhab ini halal untuk dimakan kerana haiwan tersebut tidak memakan bangkai.

Menu berbuka paling lazat atas muka bumiā€¦

Dia pada awalnya hanya mempromosikan daging Dhab ataupun dikenali sebagai biawak padang pasir diakaun Facebook.

Perkongsian yang dibuat pada awalnya hanyalah untuk mempromosikan daging Dhab yang dikenali sebagai biawak padang pasir dalam kalangan masyarakat Arab.

Daging Dhab halal dimakan

Ruangan komen di Facebook pemuda tersebut menjadi platform perbualan hangat apabila timbul beberapa keraguan mengenai haiwan tersebut. Ramai yang memberikan pendapat dan hujah tentang kebenaran status halal daging Dhab ini.

Adakah daging itu haram wahai Rasulullah?

Makanan yang halal jangan disebut ā€˜jijikā€™

Biawak yang haram dimakanā€¦

Tidak dinafikan daging Dhab bukanlah makanan utama khususnya untuk masyarakat Malaysia. Namun, ini bukanlah alasan untuk kita memperlekehkan daging haiwan yang sangat terkenal dalam golongan masyarakat Arab.

Tambahan pula, pihak Mufti sudah mengeluarkan kenyataan daging Dhab ini halal untuk dimakan.

Sumber Diambil Dari Mufti WP, Azr Garden, Amazing Nara

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*