Pendapatan Y0utube Beri Pulangan Yang Lumayan! Pavithra Akhirnya Pindah ke Rumah Baru

Sejak beberapa minggu lalu, nama S. Pavithra, seorang Youtuber tiba-tiba menjadi sebutan dan viral sehinggakan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bermula daripada video masakan ringkas di YouTube, kini Sugu Pavithra mampu untuk berpindah ke rumah baru hasil pendapatan di YouTube. Pasangan suami isteri ini juga semakin meraih jumlah subscribers yang tinggi di mana kini mereka mempunyai 658,000 subscribers setakat ini.

Setiap video yang dikongsi pasti mendapat tontonan view tinggi, sehingga pendapatannya juga mencecah ribuan ringgit.

Pavithra sebelum ini mengakui beliau hanya suri rumah sepenuh masa manakala suaminya pekerja ladang kelapa sawit dan hanya tinggal di kuarters yang disediakan majikan suami.

Sementara jika sebelum ini pasangan YouTuber ‘Sugu Pavithra’ sering tampil dengan video-video masakan, kali ini lain pula yang dikongsi mereka.

Suaminya sebelum ini dilaporkan sudah pun berhenti kerja kerana mereka kini mahu sama-sama menumpukan perhatian pada video YouTube selepas mendapat perhatian ramai. Oleh kerana rumah yang mereka duduki ini adalah kuarters untuk pekerja di estet, pasangan ini kini berpindah ke rumah baru yang lebih selesa.

Menerusi video terbaharu pada Isnin, S. Pavithra, 28, dan suaminya, M. Sugu, 29, sudah pun berpindah ke kediaman baharu.

” Ini dia kawan-kawan kita sudah packing semua barang-barang. Rumah pun sudah kelam-kabut macam sampah,” ujar S.Pavithra merujuk kepada longgokan barang miliknya yang sudah dikemas.

Antara lain yang dikongsikan termasuklah proses pemindahan barang dari rumah lamanya menggunakan sebuah lori.

Dalam satu lagi video berasingan, S.Pavithra memperkenalkan pula kediaman baharunya dan turut berkongsi rakaman aktiviti mencuci yang dilakukan bersama ahli keluarga.

” Ini dia rumah baharu kami dekat Sungai Siput (Perak) je. Sangat luas ya rumah ni.

” Ni Sugu tengah sapu rumah. Lepas tu kita akan mula cuci rumahlah,” ujarnya dalam video itu.

Rata-rata netizen yang mengikuti YouTube pasangan itu turut memberikan pelbagai komen termasuklah ucapan tahniah kepada mereka.

Pindah rumah baru

Malah, ramai yang turut memuji cara pasangan itu membersihkan kediaman mereka dan mengharapkan agar video-video masakan terus dihasilkan biarpun mereka kini sudah berpindah.

” Suka tengok keluarga ni. Pembersih. Boleh tengok dari cara mereka memasak. Semoga sentiasa murah rezeki.

” Saya sangat suka keluarga Sugu Pavithra. Walaupun gaji YouTube beribu-ribu tapi tetap hidup bersederhana seperti kebanyakan rakyat Malaysia.

” Sangat rajin betul. Cuci rumah macam cuci periuk,” tulis beberapa netizen.

Barang milik keluarga itu dipindahkan dengan sebuah lori.

Biarpun tidak dinyatakan sendiri, ramai yang berpendapat mereka berpindah ke kediaman yang lebih selesa memandangkan pasangan itu kini meraih imbuhan hasil penghasilan video YouTube.

Malah, suaminya juga kini sudah tidak bekerja di ladang bagi memberi fokus terhadap saluran YouTube mereka.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, penantian pasangan YouTuber itu untuk mendapatkan imbuhan daripada laman YouTube sejak Januari lepas berakhir pada 19 Mei lalu.

Wanita itu hadir Pejabat Pos Besar Perak di Ipoh dari Sungai Siput untuk membuat tuntutan bayaran tertunggak itu sebaik menjadi rakan YouTube (YouTube Partner).

POP MEDIA HIBURAN TERKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*