‘Dah Macam Mini BangIadesh’ Penduduk Buat Aduan Tapi Tak Pernah Selesai. Akhirnya Kerajaan Johor Bersuara

Kawasan Gelang Patah di sini, ibarat ditawan warga asing apabila deretan kedai dikuasai pendatang asing sejak lebih lima tahun lalu, sekali gus mendatangkan kebimbangan penularan wbak COVlD-19.

Tinjauan di kawasan perniagaan Medan Nusa Perintis 1, Gelang Patah mendapati terdapat lebih 20 premis perniagaan atau kedai dikendalikan warga Bangladesh dan Pakistan secara terbuka.

Antara perniagaan dijalankan mereka termasuk kedai runcit, pakaian, restoran, kedai serbaguna selain kedai karpet dan perhiasan rumah.

Lebih berani, mereka turut memasang poster mengiklankan pelbagai perkhidmatan ditawarkan termasuk penghantaran pulang wang ke negara mereka dalam bahasa ibunda masing-masing, sekali gus menjadikan kawasan di situ seperti berada di negara asing.

Penduduk, Mohd Hafiz Daud, 39, berkata kewujudan deretan kedai warga asing itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk tempatan di sebalik penularan wbak COVlD-19 di negara ini yang turut dikaitkan dalam kalangan pendatang asing.

” Penduduk pernah membuat aduan dahulu, tetapi isu ini tidak pernah diselesaikan.

” Sekarang dengan kebimbangan terhadap wbak COVlD-19, kami berharap pihak berkuasa mengambil serius masalah ini apatah lagi kawasan ini seolah-olah menjadi tempat mereka berkumpul setiap kali waktu petang dan malam dengan kebanyakannya tidak memakai pelitup muka pun.

” Tidak mustahil kawasan Gelang Patah akan jadi lubuk wbak yang bakal meletup pada bila-bila masa jika pihak berkuasa menutup sebelah mata mereka sahaja, ” katanya ketika ditemui.

Penduduk, Azizah Sapari, 47, berkata perniagaan warga asing di situ bertahan lama berikutan disokong komuniti mereka sendiri.

” Kalau orang luar datang sini mesti mereka akan panggil kawasan ini sebagai Mini Bangladesh kerana deretan kedai di sini semuanya kedai milik warga berkenaan.

” Orang kita memang tidak berbelanja di situ kerana suasana deretan kedai kotor dan sangat menjij1kkan disebabkan mereka tidak pandai menjaga kebersihan,” katanya.

Respon dari kerajaan negeri

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, kerajaan Johor akan memastikan tidak ada lagi warga asing yang berniaga.

Ia termasuk mereka yang menjadi penjaja atau diambil bekerja di mana-mana pasar awam selain premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Katanya, tindakan tegas itu diperkasakan dengan lebih agresif selepas mengambil kira masa depan peniaga tempatan berikutan keadaan ekonomi kini yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

” Semua 16 PBT di Johor ini akan ditugaskan untuk menyemak status peniaga sedia ada serta melakukan pemeriksaan di setiap pasar awam dan premis milik PBT mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja PBT Negeri Johor.

” Peniaga warga tempatan boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya menyewa atau memberikan lesen atau permit perniagaan mereka kepada warga asing yang mahu berniaga,” katanya.

LAWAK SIOT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*