Syifa Melvin H1na Penduduk Setinggan Dan PPRT, Dapat Respon Daripada Fedtri Yahya. Padu Sindiran Dia

Personaliti media sosial, Syifa Melvin ditegur Tengku Mahkota Johor (TMJ) kerana dikaitkan dengan prestasi permainan Safawi Rasid yang semakin merudum. Syifa yang merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin sejak dari itu menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Terbaru, sebuah rakaman video menunjukkan Syifa dikatakan menghina penduduk setinggan dan penghuni Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pula menjadi bualan ramai. Kenyataan Syifa itu turut mendapat respon daripada Ahmad Fedtri Yahya.

ā€˜Tempat rumah setinggan ni macam PPRTā€™

Rakaman video yang dimuatnaik penggunaĀ Twitter Kak Jah Sungai DuaĀ ini mendapat perhatian ramai dan kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Syifa Melvin itu meskipun niatnya berbentuk gurauan.

Syifa Melvin ketika itu mempromosikan sehelai turban eksklusif sambil mengeluarkan kenyataan mengenai kemewahan penduduk rumah setinggan dan PPRT apabila menggayakan fesyen tersebut.

Kalernya banyak, cantik dan semua kaler-kalernya mahal. Kalau korang pakai, korang automatik nampak mahal walaupun korang duduk rumah setinggan, PPRT. (sambil ketawa)

ā€˜Miskin belum tentu dihinakanā€™

Personaliti TV3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya memberi respon terhadap kenyataan yang berbentuk gurauan dikeluarkan Syifa Melvin itu. Fedtri Yahya mengakui bahawa ramai penduduk di rumah setinggan turut berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke tahap Kedoktoran (PhD). Malah, ramai di antara mereka mempunyai semangat dan tenaga untuk menjalani hidup sendiri.

Kemewahan atau kemiskinan bukan mengukur kepada kemuliaan disisi Tuhan dan orang miskin tidak layak mendapat penghinaan sedemikian.

PPRT pun cantik sekarang

Rata-rata netizen bengang dengan gurauan yang keluar dari mulut Syifa Melvin. Lebih disifatkan biadab kerana merendahkan golongan tidak berkemampuan. Apa yang dikatakan oleh Syifa itu agak sensitif sehingga boleh mengguris hati ramai orang.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*