Penemuan Menakjubkan, Kapal Karam 2500 Tahun Berjaya Ditarik Keluar Dari Laut Hitam

KapaI ᴋᴀʀᴀᴍ yang tertua di dunia berjaya ditarik keluar dari kedalaman Laut Hitam selepas pencarian menggunakan teknologi paling canggih dilakukan.

KapaI yang digunakan pada zaman Greek dan Rom itu didapati masih berkeadaan elok seolah-olah ia baru sahaja ᴋᴀʀᴀᴍ semalam.

Difahamkan, kapaI tersebut diangkat keluar dari kedalaman laut Eropah timur sebagai sebahagian daripada penyelidiakan Projek Arkeologi Maritim Laut Htam.

Karbon kapal tersebut bertarikh 500 sebelum Masihi dan dianggarkan sebagai kapal tertua berusia lebih 2,500 tahun.

Ia kelihatan menyerupai seperti kapal popular yang digambarkan dalam Siren Vase dan kini diletakkan di Muzium Britain.

Kapal kedua tertua di dunia daripada 72 kapal yang direkodkan adalah bertarikh 200 sebelum Masihi.

Dr Kroum Batchvarov, pakar yang terlibat dalam projek berkenaan berkata : “Kami memiliki struktur kapal yang lengkap dengan tiang yang masih lagi berdiri dan alat kemudi yang terletak pada tempatnya.

“Ia adalah satu penemuan yang menakjubkan dan ia adalah yang pertama seumpamanya.”

Disebabkan Laut Hitam tidak mempunyai oksigen, kapaI tersebut masih terpelihara dengan baik sehinggakan tulang ikan ‘monkfish’ yang dimakan oleh orang Rom masih dalam keadaan baik di atas dek.

Projek Laut Hitam tersebut adalah penyelidikan saintifik selama bertahun-tahun yang dipimpin oleh institusi antarabangsa termasuk Universiti Southampton.

Mereka meneroka perubahan Laut Hitam dan bagaimana ia telah mempengaruhi tamadun manusia.

Sumber : Sky News

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*