C0VlD 19 – Pengawal Duduk Hadap Kiblat Masjid, Berdoa Sewaktu Mulakan Bertugas

Selain petugas perubatan, anggota polis dan tentera, pengawal keselamatan juga antara barisan hadapan negara yang berisiko dijangkiti Covid-19 ketika melakukan tugas di kawasan terbuka.

Namun demi tanggungjawab yang dipikul, mereka hanya mampu berserah kepada Tuhan agar dihindari daripada wabak bahaya itu dalam mencari rezeki untuk menyara keluarga di kampung.

Itu dilakukan seorang pengawal keselamatan apabila menjaga pintu utama keluar masuk stesen LRT Masjid Jamek yang bertindak duduk berhadapan kiblat ke arah Masjid Jamek di ibu kota, memejamkan matanya sambil berdoa.

Gambar pengawal keselamatan memberi seribu satu makna itu dikongsi wartawan The Malaysian Insight, Jahabar Sadiq di laman Facebook miliknya sehingga menerima hampir 6,000 perkongsian dan 14,000 tanda suka.

Warganet rata-rata turut mendoakan pengawal keselamatan tersebut agar sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi olehNya sepanjang melakukan tugas ketika menghadapi situasi wabak ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*