Penghantar Makanan Hembus Nafas Terakhir Selepas Dilanggar Oleh Lori

Terkini seorang  penghantar makanan yang baru memenuhi tempahan pelanggannya, maaut apabila motosikal yang dinaikinya diseret kira-kira 10 meter selepas berlnggar dengan lori di simpang empat Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah di Alor Gajah, tengah hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Muhammad Salman Nor Tazah, 19, yang bekerja dengan sebuah syarikat katering, mennggaI dnia di tempat kejadian akibat paarah di kepala dan badan selepas dirmpuh lori membawa muatan udang itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata siasatan awal pihaknya mendapati, pemandu lori berusia 33 tahun itu dikatakan memandu dari arah Masjid Tanah menghala ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Superintendan Arshad Abu berkata, apabila sampai di simpang empat Taman Bidara Permai, motosikal ditunggang mgsa dari Taman Bidara Permai keluar simpang untuk ke Taman Idaman yang terletak berdekatan sebelum berlaku pelnggaran.

“Pelnggaran berlaku di tengah persimpangan berkenaan dengan motosikal Honda EX5 ditunggang mgsa diseret sejauh kira-kira 10 meter. Mgsa mennggaI dnia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mgsa yang berasal dari Taman Tanjung Minyak, Bukit Rambai, Alor Gajah, dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibdah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*