Penghulu Positif Covid-19. Ini Pesanan Dia Yang Buat Ramai Sayu

Penghulu Mukim Sungai Panjang, Ishak Sulaiman mengesahkan beliau positif koronavirus (Covid-19) dan kini sedang menjalani rawatan perubatan di Hospital Sungai Buloh.

Ishak berkata, beliau disahkan dijangkiti wbak itu selepas dihubungi Klinik Kesihatan Sungai Besar pagi semalam.

“ Selepas dimaklumkan saya kemudian berkemas sebelum dibawa ambulans untuk dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh,” katanya menerusi mesej aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.

Ishak berkata, ujian saringan kali kedua itu dilakukannya di Klinik Kesihatan (KK) Bagan Terap minggu lalu.

“ Saya ada mengikuti ijtimak tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 29 Februari lalu.

“ Saya mengikut arahan daripada Kementerian Kesihatan meminta semua peserta tabligh terbabit menjalani saringan Covid-19.

“ Saya menjalani saringan kesihatan kali pertama di KK Simpang Lima dan didapati negatif Covid-19 sebelum menjalani saringan kali kedua di KK Bagan Terap dan disahkan dijangkiti wbak ini,” katanya.

Semalam tular status dan video di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp berhubung kenyataan Ishak.

Ishak dalam kenyataannya yang tular semalam memaklumkan, hasil daripada ujian pengesanan minggu lalu dia disahkan positif Covid-19.

“ Saya memohon sesiapa yang ada berhubung dengan saya supaya membuat saringan segera.

“ Saya mohon kemaafaan dan doakan kembali pulih serta selamat pulang. Seandainya saya tidak pulang tolong ampunkan semua salah dan silap,” katanya.

Sumber : SH

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*