Peniaga Burger TuIar Video T0mahan PDRM BakaI Berdepan Tindakan

 

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuat laporan polis berhubung video dakwaan fitnah dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan dibuat seorang pegawai polis susulan video tular pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’.

“ Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“ Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,” katanya pada sidang media, di Sungai Buloh, hari ini.

Shafa’aton berkata, susulan maklumat berkenaan sepasukan polis daerah Sungai Buloh membuat enam serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang ditularkan.

“ Dalam serbuan berkenaan polis menahan dua lelaki warga Bangladesh selain merampas empat tablet dan wang tunai RM114.

“ Manakala lima lagi serbuan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi, jelas ia adalah tohmahan,” katanya.

Menurutnya, sebelum video berkenaan ditularkan, polis sudah membuat serbuan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjalankan perniagaan haram ini.

“ Apa yang ditularkan itu adalah fitnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

“ Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan kepada orang ramai maklumat-maklumat melalui saluran yang disediakan,” katanya.

HARIAN METRO

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*