Awal Ashaari Bersama Keluarga Muatnaik Gambar Sambutan Krlsmas Jadi Persoalan Wrganet. Ini Penjelasan Jakim Tentang Perkara Itu

Gara-gara memuat naik foto memenuhi undangan sambutan Hari Krismas seorang teman, ruangan komen Instagram Awal Ashaari menjadi tempat perdebatan ntizen.

Perbezaan pendapat di kalangan pengikut tercetus apabila ada yang menganggap tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak patut.

Kumpulan tersebut mempersoalkan keperluan Awal menyambut Krismas dan berpendapat ia bertentangan dengan akidah.

Namun ada juga mempertahankan Awal sebagai menghormati undangan teman demi menjaga silaturahim sesama insan.

Foto tersebut mendapat hampir 72 ribu tanda suka dengan 1,652 komen pengikut (ketika artikel ini ditulis).

Selain bergambar di hadapan pokok krismas bersama isteri Scha Alyahya dan anak, Lara Alana, Awal turut berkongsi foto kenang-kenangan bersama teman-temannya di ruangan Insta Story.

Dalam pada itu, tinjauan laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai isu yang menjadi perdebatan di laman sosial pelakon dan pengacara popular tersebut.

Menerusi artikel dimuat naik JAKIM pada 3 September 2010, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

SUMBER/KREDIT:GEMPAK

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*