Pensyarah UMT Jelaskan Bagaimana Ikan Singgang Mampu Merawat Covid 19

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya berhubung menu ikan singgang kononnya mampu merawat Covid-19 yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Azizah berkata, banyak pihak yang menghubunginya untuk mengesahkan mengenai kenyataan yang dibuat itu.

“ IKAN singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob,” kata Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood.

Image result for ikan singgang

 “UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.

“ Bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian yang dijalankan ke atas bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional itu, ia berkemungkinan berpotensi untuk merawat.

Image result for ikan singgang

“ Lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini,” katanya.

Katanya, pihaknya tidak dapat mengesahkan ikan singgang mujarab untuk Covid-19 sehingga kajian klinikal ke atas manusia dijalankan secara menyeluruh dan data dikumpul secara sistematik.

“ Bukan senang sebenarnya untuk mengesahkan menu ikan singgang itu mujarab kerana hanya melalui kajian tertentu sahaja dapat mengesahkannya.

“ Oleh itu saya harap orang ramai jangan keliru dengan kenyataan saya itu kerana ujian klinikal tidak pernah dijalankan ke atas menu ikan singgang dan Covid-19.

“ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tentu menetapkan prosedur sewajarnya untuk memusnahkan virus berkenaan dan kajian tidak boleh dijalankan dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Katanya, ikan singgang diakui menu yang menyihatkan kerana tanpa santan dan minyak serta wajar dimakan untuk amalan kesihatan.

GELOMBANG kedua wabak koronavirus baharu (Covid-19) terus menyaksikan peningkatan kes apabila 10 lagi individu dikesan positif, hari ini.

Kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes jngk1tan di negara ini sebanyak 93 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes itu adalah kontak rapat kepada kes ke-33 yang mana empat daripadanya generasi pertama kontak rapat manakala enam generasi kedua.

“ Mereka dikesan melalui aktiviti pengesanan kontak dan sudah dimasukkan ke hosp1tal bagi isolasi dan rawatan selanjutnya.

“ Hasil siasatan terhadap kontak rapat kepada kes ke-26 mendapati satu kluster jngk1tan Covid-19 berkait dengan kes ke-33,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 132 kontak rapat dikenal pasti berkait dengan kes itu yang mana 18 daripada dikesan positif dan masih menerima rawatan serta dilaporkan stabil.

“ Seramai 38 kontak rapat lagi negatif dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari. “ Keputusan makmal bagi 76 lagi kontak rapat masih belum diperolehi namun mereka dilaporkan sihat dan diletakkan di bawah perintah pengawasan.

“ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat bagi mengenalpasti punca jngk1tan dan seterusnya mencegah penularan,” katanya.

Selain itu, katanya, kes ke-78 dilaporkan semalam mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia selama tujuh hari bermula 13 sehingga 19 Februari lalu.

Beliau berkata, sebanyak 67 kontak rapat sudah dikesan dan diambil sampel serta diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Tambah beliau, sehingga hari ini, 432 sampel kes sporadik dan kes tempatan yang mempunyai kontak dengan kes positif diuji namun setakat ini tiada sampel dikesan positif Covid-19.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Bharian Online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

4 Comments

  1. Seeloknya pensyarah ini lebih bertanggungjawab dalam memberikan ilmu dan kenyataan peribadi. Pastikan juga pemberita melaporkan dengan tepat.

    Peradaban ilmu perlu ada proses yang memungkinkan satu ketetapan itu telah boleh di buktikan kesahihan sebelum di umumkan. Mungkin langkah seterusnya pensyarah ini perlu membuktikan atau mrmperbetulkan kenyataan dengan penyelidikan.

    Kesarjanaan ilmu perlu diserlahkan, elak dari disensasikan.

    • itu sebetulnya Tuan Prof. Kami editor editor dari Laman ini hanyalah mengulangi ‘quote’ beliau, tapi ada juga beliau beritahu yang belum ada kajian yang memastikan ikan singgang ini boleh jadi penawar, cuma kemungkinan itu ada disebabkan bahan bahan yang digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*