Terkini

Kemanisan kalam Allah, ketahui 3 fakta mengenai peristiwa Nuzul Al-Quran

PERISTIWA Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira’, Mekah ketika tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Ketahui tiga fakta menarik ketika terjadinya peristiwa Nuzul al-Quran yang boleh menjadikan umat Islam lebih menghayati hari yang istimewa ini.

1. Erti Nuzul al-Quran

Perkataan ‘Nuzul’ bermaksud turun atau berpindah, atau dengan spesifiknya berpindah dari bahagian atas ke bahagian bawah.

‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana himpunan ayat-ayat dalam al-Quran menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat (jenayah), muamalat dan banyak lagi.

Jika digabungkan, Nuzul al-Quran membawa maksud penurunan ayat-ayat al-Quran dari atas kepada Nabi Muhammad di bumi dengan perantaraan Malaikat Jibril.

2. Proses Penurunan Al-Quran

Seperti yang diketahui, ayat al-Quran tidak turun secara lengkap malah ia turun secara beransur-ansur sehingga lengkap sebuah kitab suci tersebut.

Penurunan secara beransur-ansur tersebut memakan masa 23 tahun secara keseluruhan, dengan 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Ayat pertama yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq dan ayat terakhir adalah Surah An-Nas.

Surah Al-Alaq

3. Kandungan al-Quran

Selain Al-Quran, ia juga disebut sebagai al-Kitab, al-Furqan (bukti), An-Nur (Cahaya), al-Zikr (sebut) dan bermacam-macam nama lain lagi.

Al-Quran mengandungi 30 juzuk, 114 surah dan 604 muka surat. 

Surah terpanjang didalam al-Quran ialah Surah Al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat dan surah terpendek pula ialah Surah Al-Khauthar, yang mengandungi tiga ayat.

Selain surah-surah lazim, umat Islam turut digalakkan untuk menghafal surah yang boleh membawa banyak manfaat kepada hidup seperti surah Al-Mulk, Surah Al-Kahfi dan Ayat Kursi daripada Surah Al-Baqarah.

Dengan mengetahui fakta-fakta mengenai peristiwa ini dan Al-Quran, umat Islam akan dapat menghayati peristiwa ini dengan lebih mendalam di samping menimbulkan rasa cinta akan kitab suci ini.

Ini kerana Al-Quran dapat menjadi penyelamat kepada manusia bagi setiap kesulitan kerana isi kandungannya membahas segala perkara yang meliputi aspek kehidupan manusia tidak kira zaman. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top