‘Penyokong Manchester United’ Menceroboh MRT Sehingga MRT Terpaksa Dihentikan Sementara

POLIS bantuan RapidKL menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri kabel di stesen MRT pada Rabu selepas suspek memasuki trek dan menyebabkan kelewatan perkhidmatan berlaku.

Melalui posting di Facebook, RapidKL berkata perkhidmatan kereta api biasa sudah beroperasi semula dan meminta maaf atas sebarang ketidakselesaan yang terjadi.

Pengendali perkhidmatan MRT juga menyiarkan gambar lelaki yang ditangkap itu, namun wajahnya dikaburkan.

Lelaki terbabit memakai pakaian yang kelihatan seperti jersi Manchester United.

Terdahulu, RapidKL berkata mereka mengalami gangguan kerana diceroboh di antara stesen Pusat Bandar Damansara dan Phileo Damansara.

Beberapa penumpang mengadu bahawa mereka mengalami kelewatan perjalanan.

Komen Netizen Di Page Rapid KL

Adib van Halen “Man Utd fan mmg menyusahkan…elok tukar sokong Liverpool baru improve akhlak tu”

Alan Chin Weng Lon “Syabas for the aux. police ! Asset must be protect at all cost.”

Amir Ismail “Nak cari duit lebih bayar balik duit kalah sebelum ni manager mourinho sekarang manager baru. Hahaha”

Putera Kamarul D’zauddin “Syabas Rapid! Penyokong menyu memang kadang2 sakit pulak ati ite ni tengok. Buat perangai. Haha”

Adrian Lim “Good job rapidkl, harsher sentence please! Make an example of these cable thieves!”

Sumber ArtikelMSTAR ONLINE

Notakaki: Penyokong Manchester United harap jangan ambil hati ye .. Good Luck dengan manager baru nanti … #GGMU

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*