Penyokong Melaka United Dilarang Makan Kuaci. Ini Sebab Kenapa

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Stadium Hang Jebat selepas ini akan memiliki persekitaran lebih bersih dan segar selepas Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) memperkenalkan larangan memakan kuaci serta merokok ketika perlawanan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Melaka United Soccer Association – MUSA, selain kuaci dan merokok, peminat juga dilarang membawa masuk botol atau tin minuman bagi menjaga kawasan stadium daripada dicemari sampah.

PENYOKONG Melaka United dilarang makan kuaci dalam stadium.

“MUSA berusaha mendidik penyokong untuk menjaga kebersihan dan etika setiap kali menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Hang Jebat.

“Antara tanda larangan yang wajar dipatuhi adalah merokok, tidak membuang sampah merata-rata, tidak dibenarkan membawa masuk sebarang objek tajam, mercun, suar, hon angin serta siren.

“Turut dilarang ialah membawa masuk sebarang botol atau tin minuman serta kuaci

“Diharapkan semoga dengan panduan ini dapat meningkatkan disiplin penyokong Melaka untuk mematuhinya bagi menjaga kebersihan dan keselamatan semua yang berada di stadium kebanggaan rakyat Melaka, sekali gus menjadi antara penyokong terbaik di negara ini,” tulisnya.

Sementara itu, penyokong memberi pelbagai reaksi dalam peraturan yang diperkenalkan MUSA.

Ridwan Rani dalam ruangan komen melahirkan rasa lega kerana MUSA tidak melarang penyokong daripada memaki hamun di dalam stadium.

“Nasib (baik) maki dibenarkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penyokong Sang Kancil Muzammil Razak mencadangkan diperbanyakan lagi peniaga di dalam stadium memandangkan makanan luar tidak boleh dibawa masuk.

“Tentang vape, rokok dan kuaci, saya sokong diharamkan. Perkara paling penting adalah inisiatif MUSA untuk mendidik sikap penyokong. Tindakan awal ini lama kelamaan akan menjadi biasa buat penyokong,” ujarnya.

ANTARA reaksi penyokong Melaka United mengenai larangan memakan kuaci di dalam stadium.

Sumber : Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*