Perdana Menteri Tun Mahathir Dan Isteri Hadir Untuk Beri Penghormatan Terakhir Kepada Adib

Jenazah anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, diterbangkan dengan helikopter MI17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke Kedah pada 8.50 pagi ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut berada di Airod Subang untuk memberi penghormatan terakhir semasa jenazah Muhammad Adib diusung ke helikopter untuk diterbangkan ke kampung halamannya.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib tiba di Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di Kuala Lumpur kira-kira 7.55 pagi tadi selepas disolatkan di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Jenazah yang diiringi keluarga dan pegawai bomba diterbangkan ke Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk dikebumikan.

Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam.

Tun Mahathir Dan Isteri Datang Untuk Penghormatan Terakhir

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama-sama Mo

Van jenazah yang membawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim tiba di Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang pada pukul 7.54 pagi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halamannya iaitu Kampung Tebengau, Kuala Kedah dengan menaiki helikopter Mi17-iv sebentar lagi untuk proses pengebumian.

Penerbangan memakan masa kira-kira dua jam sebelum dijadualkan mendarat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah.

Turut berada di pangkalan udara sekarang ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sumber Artikel : Utusan Online

Video Tun M Dan Isteri Sebelum Adib Berlepas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*