Pergerakan Antara Daerah Memang Dibenarkan, Tapi Ini Status Untuk Ziarah Di Hari Raya

Sebelum ini Ismail berkata Tiada lagi lrangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (kluster pertahanan) Ismail Sabri Yaakob.

“Dari segi pergerakan sudah pun dibebaskan (untuk perjalanan) antara daerah (dan) tiada had dari segi jangka masa untuk keluar.

“Dalam peraturan baru, tiada (had seperti sebelum ini),” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan

KUALA LUMPUR: Pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilaraang.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa ini, kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah tetapi ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.

Katanya, tidak semua pergerakan dibenarkan pada masa ini, begitu juga aktiviti sosial dan sukan.

“Contohnya, permainan bola sepak masih tidak dibenarkan kerana ia berada dalam senarai negat1f namun sukan lain seperti badmintan dan golf dibenarkan

Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” katanya dalam wawancara ekslusif bersama BH, baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang lain, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menasihatkan orang ramai meneruskan kawalan kendiri walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi banyak kelonggaran pergerakan.

Katanya, disiplin dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat adalah terletak di tangan kita sendiri.

Undang-undang boleh tetapkan apa saja tetapi ia terpulang kepada kita hendak patuhi undang-undang itu atau tidak. Sekarang pun ramai yang melanggar peraturan.

“Sebenarnya tanpa undang-undang pun kita boleh selamatkan diri kita sendiri. Saya suka memberi contoh seperti Taiwan, negara itu tidak pernah melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan rakyatnya tetapi menjadi negara yang paling rendah di dunia direkodkan dalam kes COVID-19 dengan enam kematiian sahaja,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kebenaran untuk solat Jumaat dan tarawih di surau dan masjid, katanya setakat ini, belum lagi diputuskan sebarang keputusan mengenainya.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal agama ada membentangkan cadangan tetapi kita belum putuskan apa-apa keputusan mengenainya. Mungkin kita akan bincangkan lebih lanjut di dalam mesyuarat Kabinet.

“Cadangan itu bagaimanapun bukan mahu dilaksana dalam waktu terdekat. Jika mahu dilaksanakan pun seminggu atau dua minggu lagi. Saya kira adalah lebih baik menteri yang berkenaan mengulas mengenainya,” katanya.

Berikut reaksi dari netizan

“Farid Ismail Aku dh berapa bulan x blk kampong tgk mak ayh dan adk brdik. Smlm call smbng dengan mak n ayah. Ayh aku cakap jgn balik lgi shnggakan krjaan umum blh balik. Kita kena patuh arahan ulul ambri. Demi kebaikan.”

“Isya Nuuna Banyak retis dah ziarah family msg2 yg 1 daerah..teraweh bersama..xyah tunggu ziarah raya lol.. Aq ttp nak pi ziarah kubur mak aq kat sri gombak tu

“Dasiey Ieyra II Law cmtu baik xpyh bg rentas daerah je dulu.. stay mcm biasa dulu.. law blh kluar daerah mmg sah2 la org pg sana sini balik raya semua.. arahan stay home masa pkp pon org blh langgar.. apetah lagi bila bg klonggaran mcm ni..”

“Cik Puan Nurizan Pergerakkan dibenarkan tanpa had masa…rentas daerah dibenarkan..pasti ke xde aktiviti berkumpul..sah2 ada punya..jenis bukan dengar kata..kepala sendiri je tau..huhuhu..ni pon dok nmpk dah..”

“Norafiqah Bahari Raya dlm umah masig2 sudah la. Dh taw ada virus. Buat apa nk g ziarah sedara jiran tetangga. Masak sendri, mkn sendri, selfie baju raya udah leeeee. Yg duduk dgn mak bapak. Untugla bleh raya ngn kuarga.”

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*