‘Tidur lah syg, Rehat lah syg, Syurga Tempat kamu sayang’ Anak Ali Puteh Baru Sahaja Kembali Kepada Pencintanya

Admin mendapat perkhabaran duka daripada pelawak Ali Puteh mengenai pemergian puteri keduanya, Sharifah Ainul Nur Mardhiah sebentar tadi.

Ali berkata, dia dan isteri Melati redha dengan pemergian anak syurga itu.

“Saya dan Melati tak kuat, tapi kami sudah redha dan bersedia untuk hari ini.

“Sejak Jumaat lalu doktor sudah beritahu tentang kondisi Ainul yang bergantung dengan mesin bantuan pernafasan,” katanya.

Ainul disahkan meniinggaI duni4 selepas mesin bantuan pernafasan di cabut kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Tambah Ali, apa yang menyentuh hatinya ialah semangat Ainul untuk meneruskan hidup.

“Sepatutnya doktor cabut mesin bantuan pernafasan pada Jumaat lepas tetapi Ainul buka mata, aktif dan memberikan reaksi positif.

“Doktor pun dah mula gembira, tetapi apabila mesin dicabut Ainul tidak bernafas. Paru-parunya hanya berfungsi 20 peratus.

“Dan satu lagi pembedahan dilakukan dan doktor beritahu hari Isnin mesin akan ditanggalkan dan memintan saya serta isteri redha dengan apa jua kemungkinan.

“Ainul mahu bersama kami walaupun hanya dua bulan…,” katanya menahan sebak.

Ainul, 2 bulan mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang sejak dilahirkan.

Semoga Ali dan isteri tabah dengan ujian ini.

Pelawak, Ali Puteh memaklumkan bahawa anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah meniingg4I dunia sebantar tadi.

Perkara itu dikonsgikan Ali menerusi Intagramnya

“Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini.

“Tggu walid dan ibu disana…Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar,” tulisnya.

Posting tersebut dihujani ucapan takziah rakan selebriti dan peminatnya serta mendoakan agar Sharifah Ainul Mardhiah ditempatkan di syurga Allah SWT.

Allahuakbar! Salam takziah

Al-Fatihah untuk anak syurga

Syurga untukmu sayang!

Sebelum ini, Ainul yang berusia tiga bulan dilapor mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.

Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ali yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia, dua tahun.

Kami dari Kualalumpur Viral turut mengucap takziah buat Ali sekeluarga. Al-fatihah buat adik Ainul.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram Ali Puteh

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*