“Woi! Pergi Duduk Sana, Papa Buat kerja, Ganggu Je!”. Aku Terlelap Seketika, Malaikat Berbisik. Tuhan Nak Tnjukkan Sesuatu Slps Kematiianku

Aku terlanggar dengan seseorang yang tidak aku kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan aku. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan aku bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika aku sedang menelefon salah seorang staff, aku gunakan dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih atau melobi simpati rakan aku itu.

Tiba tiba anak lelaki aku berdiri diam diam di belakang aku. Ketika aku hendak berpusing, Hampir saja membuat aku jatuh.

Woii. Pergi!!! Main sana, ganggu je!!!” teriak aku dengan marah. Dia pun pergi dengan hati yang hancur dan merajuk.

Malam tu aku dengar anak aku tidak henti henti nangis selepas diherdik aku. Tetapi aku biarkan saja. Biar dia tahu jangan main main dengan aku bila kawan atau staff call aku sebab setiap urusan aku sangat penting. Kawan dan staf di pejabat adalah yang penting pada saat ni. Anak dan isteri aku tinggalkan di belakang.

Ketika aku berbaring di tempat tidur malam itu, aku terlelap. Dengan halus Malaikat berbisik.

Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelum itu, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematiianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematiianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu”.

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jnazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yang datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tidak memberi komen apa apa pun di atas pemergianku dan ada juga yang hanya menulis, ‘Al­Fatihah’ ada yang ‘RIP’.

Kawan sekerja aku datang, Sekejap melihat jnazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yang asyik ceritakan aibku sambil tersenyum tersenyum.

Bos yang aku sayang, hanya datang sebentar melihat jnazahku dalam beberapa minit lalu pulang. Dan kawan kawan rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lepas tu, aku lihat anak anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jnazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali­ kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian.

Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yang mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan handphone aku, dengan kawan kawan dan teman teman dunia mayaku.

Lalu aku lihat anak anakku sering aku marah dan aku marah mereka saat aku sedang asyik dengan handphone aku di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan…. Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematiianku.

Kawan sudah melupakanku, sampai saat ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dangan staf lain, teman teman dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group. Tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak anakku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku….

Hari ke 40 sejak aku tiada, friend list dalam Facebook aku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan dengan aku, seolah tidak ingin lagi melihat kenangan aku semasa hidup.

Bos aku dan teman teman sekerja, tidak ada satu pun yang mengunjungi kubur aku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluarga aku, isteri aku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak anak kecil aku masih asyik bertanya bila papa pulang.

Anakku yang paling kecil adalah yang paling aku sayang, masih selalu menunggu aku dijendela, menantikan kepulangan aku.

15 tahun berlalu. Aku lihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak anak aku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Ada seorang lelaki memegang tangan dan membelai isteriku seolah olah mendapat izin dan permisi dari isteriku. Ya, isteriku telah berkahwin lain.

Tapi dia tidak pernah lupa mengingatkan anak anak bahawa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat. Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuan aku malam semalam, dia menulis….

“Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada lelaki lelaki yang berani berkelakuan tidak senonoh dengan aku dan aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami.”

“Oh Tuhan….Kenapa Kau ambil papa aku, aku perlu papa aku Ya Allah..”

Kertas itu basah kerana titisan airmatanya. Ya Allah maafkanlah aku. Sampai bertahun tahun anak anak dan isteriku pun masih terus mendoakan aku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun. Ya Allah. Syukur… Ternyata aku cuma bermimpi. Perlahan lahan aku pergi ke bilik anak aku dan berlutut dekat tempat tidurnya.

Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka.

“Adik, papa sangat menyesal karena telah pkul adik. Anakku, papa sayang adik. maafkan papa ye”.

Aku peluk anak aku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang selalu aku abaikan ketika dia nak berbual dan nak luahkan sesuatu.

Sering kali aku sengaja berpura pura tidak mendengarnya, bahkan kata kata darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku. Air mataku tak dapat aku tahan lagi.

Apakah kita menyedari bahawa jika kita mati esok pagi, pejabat di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita. Kawan kawan akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada kawan kawan kita yang masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan.

Kawan kawan dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah oleh aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di sebelah isteriku, handphone aku masih terus bergetar, berpuluh puluh notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. Ramai kawan-kawan dah staf pejabat yg selama ini buat aku sibuk dan tiada masa telah menghubungi ku tapi tidak lagi ku hirau.

Aku matikan handphone aku dan lalu pejamkan mata. Maaf. Bukan anda semua yang akan membawaku ke syurga, bukan anda yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku. Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

P/s : Kisah ini hanya pengajaran kepada para bapa yang tidak mementingkan keluarga. Kerana kelalaian mereka meluangkan masa dengan isteri dan anak adalah kerugian yang amat besar. Merekalah yang akan ada dan menjaga kita suatu hari nanti. Wallahualam.

Fenomena Malaya / TRANSFORMASI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*