Siapakah Paksu Mid? Dikatakan Tun M Pernah Pergi Berjumpa Lelaki ‘Alim’. Ini Apa Yang Berlaku Sebelumnya

Semalam sewaktu seluruh negara tertumpu kepada desas-desus permbentukan kerajaan baru, rakyat dikejutkan pula dengan berita perletakan jawatan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Fokus rakyat tidak terhenti di situ apabila ketika itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara sejurus selepas pengumuman Dr. Mahathir itu.

Kemudian persoalan mula bermain di minda rakyat, siapa seterusnya bakal menjadi PM ke-8?

Bagaimanapun malam tadi, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.

Katanya, pelantikan itu sementara menunggu seorang perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

” Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia.

” Walau bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik beliau sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baru.

” Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baru dilantik dan kabinet dibentuk,” kata Mohd Zuki menerusi satu kenyataan, lewat petang ini.

Namun dalam suasana politik yang mengeemparkan negara semalam, segala keputusan dan percaturan poltik Dr. Mahathir sangat memberi kesan kepada perjalanan politk negara.

Tapi pernahkah kita terfikir, kadang-kadang ilham itu diberi melalui asbab dan perantaraan manusia seperti orang alim.

Sebelum terjadi keributan politk seperti ini, Dr. Mahathir dikatakan telah pergi berjumpa dengan Paksu Mid …

Untuk pengetahuan semua, Paksu Mid adalah dikata sebagai wali Allah yang berada Di Kedah. Adakah Dr. Mahathir mungkin mendengar apa yang dinasihatkan oleh Paksu Mid dan maka terjadilah hari ini? Wallahualam

Perkataan wali Allah adalah perkataan ilham. Semoga Allah merahmati Paksu Mid.

Siapa sebenarnya Paksu Mid ni? Beliau pernah menyatakan bahawa beliau hanya orang tua – tua usia dan tua ilmu. Namun beliau di kenali sebagai Orang tua yang diberi kelebihan sebagai wali Allah, warak, kuat beribadat dengan puasa yang tak putus-putus.

Orang tua yang pernah disebut oleh Syeikh Nuruddin al Banjari dalam pengajiannya. Hatta dikhabarkan setiap kali syeikh datang ke sini pasti berjumpa dengan Pak Su Mid.

Tidak hairanlah rumah Pak Su Mid sentiasa menerima kunjungan ziarah dari ramai orang yang menghormati kefahaman Pak Su Mid dalam hal-ehwal Islam terutama tentang kefahaman Al Quran

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid (1926 – Sekarang)

Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun.

Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran. Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah .

Diantara guru beliau ialah :

1) Syeikh Abu Bakar Palestin
2) Wali Allah Syeikh Abdullah Harun – Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok
3) Pak Da Eil Mekah
4) Tuan Guru Haji Abdullah Kecik – Pondok Langgar

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973. Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:

1- Hilyatul Auliyak
2- Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
3- Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja. Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.

Terdapat ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa.

Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.

Pendapat Ustaz Abdullah Khairy mengenai Pak Su Mid :

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit: musangviral.com via Malaysia united

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*