‘Perlahan-lahan, Jeritan Suara Mereka Tidak Lagi Kedengaran’ – Suami Dedahkan Saat Terakhir Kehilangan Isteri dan Anak Pada 1 Syawal

Dalam kemeriahan umat Islam menyambut satu Syawal ada juga dikalangan kita yang menyambut hari raya dalam kesedihan. Demikian satu kisah yang amat menyedihkan telah berlaku di Membakut.

Jeritan isteri dan anak-anak dalam api yang marak sebelum beransur-ansur menghilang menjadi kisah 1 Syawal paling memilukan buat Othman Ali, 64.

“Saya terbangun apabila terdengar suara isteri dan anak menjerit meminta kami keluar menyelamatkan diri kerana rumah terbkar.

“Saya cuba membantu tetapi gagal kerana api marak sebelum suara mereka tidak lagi kedengaran,” katanya.

Isterinya, Aishah Awang Jumat, 58, terk0rban selepas rumah mereka musnah dalam kebak4ran di Kampung Binsuluk, di sini, awal pagi tadi.

Turut maaut 4 anak

Turut maaut, empat anak pasangan itu, Dzulkarnain, 34; Dzulnisham, 27; Rozaini, 26; dan Rosdi, 24.

Seorang lagi anak dan menantu berusia 29 dan 25 tahun melecvr di kaki dan dirawat di Hospital Beaufort.

Othman dan seorang lagi anak lelakinya berusia 31 tahun selamat.

Menceritakan kejadian itu, Othman berada di bilik di tingkat bawah yang dijadikan pejabat manakala isterinya menyiapkan juadah untuk menyambut hari raya.

“Saya terlelap ketika berada di bilik pejabat sebelum terjaga apabila mendengar jeritan isteri dan anak meminta kami menyelamatkan diri.

“Saya bangun dan cuba menyelamatkan mereka kerana masih dapat mendengar suara isteri dan anak.

“Ketika cuba membuka bilik, suara isteri dan anak sudah tidak kedengaran. Saya cuba memadamkan api namun kebak4ran terus marak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Isteri isteri bersungguh masak juadah raya
Sejak beberapa hari lalu, katanya, isterinya bersungguh-sungguh memasak untuk juadah keluarga yang bakal datang sempena Aidilfitri.

“Saya menyedari isteri amat mengambil berat perihal saya dan anak-anak sejak beberapa hari lalu.

“Rupa-rupanya itu petanda kisah sedih kami di pagi 1 Syawal.

“Berat dugaan ini, namun ini ujian Allah dan saya terima qada dan qadar,” katanya.

Sementara itu, adik Aishah, Matsetia Awang Jumat, 40, menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh beberapa jiran yang memberitahu rumah kakaknya terbakar.

“Saya dan keluarga bergegas ke lokasi kejadian namun ketika kami sampai, rumahnya sudah musnah dan mendapat tahu kakak bersama empat anaknya terk0rban.

“Saya dan adik-beradik lain sepatutnya menziarahi rumah kakak pagi ini untuk beraya kerana sudah dua bulan tidak bertemu,” katanya.

TERDAHULU, seorang wanita bersama empat anak lelakinya rntung dalam kebkaran di Kampung Binsuluk di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Aishah Jumat, 58 dan empat anak lelakinya iaitu Dzulkarnain Othman, 34; Dzulnisham, 27; Rozaini, 26; dan Rosdi, 24.

Dalam kejadian itu juga, dua lagi anak mangsa masing-masing berusia 29 dan 25 tahun melecuur serta dirawat di Hospital Beaufort.

Suaminya, Othman Ali, 64, bersama seorang lagi anak mereka berusia 31 tahun selamat.

Kenyataan dari bomba

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 2.54 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu dihantar ke lokasi kebak4ran.

“Kebak4ran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya.

“Pasukan bomba berjaya menyekat dan mengawal kebak4ran pada jam 5.50 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan menemui lima mangsa rentvng dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.

“Punca kebak4ran masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman

BERITA HARIAN / TRENDING SANGAT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*