[TERKINI] Hanya Perlu Kemaskini MySejahtera Sekiranya Anda Ada :

Melalui status Facebook Majlis Keselamatan Negara, terdapat kemaskini terbaru dimana pemilik MySejahtera hanya perlu mengemaskini status anda sekiranya terdapat simptomada sejarah perjalanan keluar negaraada kontak rapat kepada kes positif atau terlibat di dalam mana-mana perhimpunan ramai atau kluster.

Sehubungan dengan itu, pihak Polis Perak melalui sidang media yang telah dijalankan hari ini memaklumkan bahawa telah terdapat kekeliruan terhadap kompaun yang telah dikeluarkan sebelum ini. Pihak mereka telah mengesahkan bahawa pemilik aplikasi mysejahtera perlu mengemaskini status kesihatan mereka apabila TERDAPAT gejala, mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, mempunyai hubungan atau menjadi kontak rapat serta telah disahkan positif dijangkiti Covid-19.

Oleh yang demikian, Ketua Polis Daerah Manjung akan merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung untuk memaklumkan kepada pihak jabatan peguam negara bagi tujuan pembatalan kompaun tersebut.

Terdahulu, Harian Metro pada 5 Jun 2021 telah melaporkan seramai 31 pekerja termasuk dua pengusaha kantin dari syarikat minyak dan gas (O&G) serta kilang ayam di sekitar Setiawan dikompaun kerana tidak mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera mereka ketika memasuki tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata ketika itu , kesalahan itu dikesan dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Berikutan itu, kesemua mereka telah dikenakan kompaun masing-masing berjumlah RM2,000 dan RM1,500.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik status terkini ini tetapi ada juga yang mempertikaikan berkenaan perkara ini.

Effektif atau tidak sebenarnya?

Sekejap ini, sekejap itu

Tapi setiap kali masuk kedai, diorang akan check

Mysejahtera uols create tapi takder system autoupdate

MKN perlu berikan panduan yang betol2 kepada pengguna

Kenapa nak mengeluh?

Sumber: Facebook Majlis Keselamatan Negara

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*