NGO Cadang Kad Pengenalan Diperbaharui, Bertulisan Jawi

Kad pengenalan sedia ada wajar diperbaharui lebih sistematik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan lebih tinggi.

Pengerusi Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan itu perlu susulan penjualan kad pengenalan Malaysia kepada warga asing oleh sindiket yang juga musuh nombor satu negara.

Menurutnya, kerajaan disaran mempertimbangkan cadangan itu demi kebaikan rakyat dan keselamatan negara.

“Hanya dengan cara ini kita dapat menghentikan jualan kad pengenalan yang asli dan palsu termasuk menyekat pengunaannya dalam kalangan warga asing,”katanya.

Tambahnya, PAMM juga mencadangkan kad pengenalan baru bertulisan Bahasa Jawi bagi mengembalikan semula identiti orang Melayu selain mengeratkan perpaduan kaum.

Beliau berkata, PAMM percaya lambakan pelancong China dan India yang gagal dikesan pihak berkuasa turut mengambil kesempatan di atas jualan kad pengenalan sedia ada.

“Sejak warga asing membanjiri tanah air dicintai, wujud pelbagai kes jenayah termasuk kewujudan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE).

“Itu belum lagi dicampur dengan perbuatan jenayah dilakukan warga China dan warga asing lain di negara ini. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kedaulatan negara serta keselamatan rakyat.

“Malaysia bukan untuk pendatang haram. Semua pendatang tanpa izin perlu diusir segera,”katanya.

Mengulas isu berasingan, Mustaffa berkata, PAMM bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan kerajaan gelojoh kerana melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya bersetuju dengan apa diperkatakan Najib Razak. Kita lihat terlalu banyak kelonggaran diberikan. PAMM harap kerajaan menilai semula keputusan dibuat”, katanya.

Rentas7 Via Majalah Utusan

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*