Minta Persembahan Ibarat Konsert Diraja Tapi Bayar Macam Persembahan di KeIab MaIam, Apa cerita?

” Kalau minta persembahan ibarat konsert agung diraja tapi dibayar seperti persembahan di keIab maIam, apa cerita? Sekurang-kurangnya, hargai bakat dan profesion penyanyi,”

Demikian luahan penyanyi Azharina Azhar yang berharap semua pihak berkaitan termasuk kerajaan dan syarikat televisyen swasta mengkaji semula harga bayaran kepada artis tempatan yang membuat persembahan pentas.

Katanya, susulan belum ada harga mengikut piawaian yang ditetapkan, terdapat segelintir penganjur dengan sewenang-wenangnya mengenakan kadar bayaran terlalu rendah meskipun artis tersebut sudah lama menempah nama dalam industri seni dan hiburan.

Penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, baru-baru ini, dia pernah ditawarkan sejumlah RM3000 oleh pihak tertentu untuk mengadakan persembahan di Sabah.

Azharina mempersoalkan kewajaran harga tersebut yang menurutnya tidak berbaloi bagi artis yang mempunyai 21 tahun pengalaman dalam industri sepertinya.

” Tiket penerbangan saya dari Kuala Lumpur sendiri, makan minum, pengangkutan, pakaian, tatarias semua atas tanggungan sendiri tapi mahu saya nyanyi tujuh buah lagu, patutkah saya pergi?

” Bagilah saya peluang untuk bernafas, cari rezeki untuk anak-anak saya,” kata juara Gegar Vaganza musim tiga itu kepada MaIaysiakini.

Isu berkenaan kadar bayaran artis itu timbul apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Elergi Sepi itu memuatnaik semula kenyataan berbahasa Inggeris di Facebooknya.

” Jika anda tanya diri anda sendiri kenapa artis (penyanyi, penari, ahli muzik) mengenakan harga tinggi untuk persembahan, kami tidak ada bayaran percutian, kami tidak ada cuti sakit berbayar, kami tak dapat bonus disebabkan persembahan yang memberangsangkan ataupun hari Krismas.

” Kami korbankan keluarga kami untuk hari-hari yang istimewa agar kami boleh beri kebahagiaan kepada orang lain. Skit atau masaIah peribadi bukan alasan untuk persembahan yang tidak baik,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambah Azharina, harga bayaran tinggi yang dikenakan bukanlah semata-mata ingin menuruti kepuasan hati atau mencekik drah pihak lain.

Namun, katanya, bayaran tersebut perlulah setimpal dengan tanggungjawab yang diberikan untuk menghiburkan orang ramai.

” Kita tak letak harga sangat tinggi…kita juga tanya bajet client (pelanggan), kalau kita boleh kerjasama dengan bajet client alhamdulillah.

Mengulas lanjut, Azharina berkata, isu bayaran artis pernah diperjuangkan olehnya pada tahun 2014 di Sabah.

Kata pelantun lagu berjudul Rawan itu, dia menyuarakan perkara tersebut kepada Kementerian Pelancongan, RTM dan stesen televisyen swasta untuk mendapatkan kata sepakat mengenai kadar bayaran artis tempatan di Sabah.

” Saya minta minimum RM500. Sebab harga artis ini tidak pernah diperjuangkan. Saya mahu hak ini diberi secara saksama.

” Itu perjuangan saya untuk artis tempatan di Sabah. Di Semenanjung saya belum sentuh lagi isu ini sebab bayaran di sini (Semenanjung) lebih besar dan setimpal diberikan buat kami (anak seni),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azharina yang sentiasa sibuk dengan pelbagai acara nyanyian memberitahu bahawa dia akan merakamkan single terbaru.

Azharina bagaimanapun enggan mengulas secar lanjut mengenai perkembangan itu buat masa ini.

” Saya sibuk dengan rakaman single dalam waktu terdekat…sebab komposer lagu ini adalah komposer yang bertanding untuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Jadi saya tak mahu ganggu fokus komposer tersebut sewaktu AJL,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : maIaysiakini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*