Genap Sebulan Pemergian Abam Bocey. Pesanan Balu Arwh Untuk Wanita Senasib Buat Ramai Sebak

GENAP sebulan pemergian Abam Bocey, kehilangan pelawak itu masih dirasai oleh peminat dan orang sekeliling.

Sudah pasti antara yang paling terkesan ialah ahli keluarga dan isterinya, Nor Hidayah yang membuat luahan perasaan di laman Instagram.

Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengenang pemergian suaminya yang sudah genap sebulan meninggal dunia.

Hidayah seperti memberi bayangan yang dia kini semakin tenang dan reda dengan ketentuan itu.

Hidayah berkongsi luahan rasanya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Hidayah berkongsi foto kenangannya bersama arwah.

“ Setiap yang hidup, pasti akan mati. Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung tetapi, berdoalah kepada Allah S.W.T.

“ Buat Allahyarham suamiku yang tercinta, hari ni genap sebulan abang meninggalkan kami semua.. Al-Fatihah (dibaca) Syed Umar Mokhtar..,” katanya.

Perkongsian Hidayah itu mengundang sebak dalam kalangan pengikut termasuklah rakan artis yang memintanya terus bersabar dengan ujian kehilangan itu.

Sementara itu, adik kepada abam iaitu Ali Puteh turut memuat naik lukisan menggunakan seni khat memaparkan wajah di akaun Instagram miliknya.

“ Sekejap masa berlalu, genap sebulan pemergianmu! Al-Fatihah,” tulisnya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya pada 10 Februari lalu.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.

Abam merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber :  mstar online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*