Peserta Himpunan 812 Tumbang Dalam Keadaan Sesak

KUALA LUMPUR: Himpunan 812 yang sepatutnya bermula secara rasmi jam 2 petang tadi di Jalan Raja di sini bermula lebih awal apabila ribuan peserta mula memasuki Jalan Raja di ibu negara seawal 10 pagi.

Justeru, ia menyebabkan kesesakan luar biasa terutama melibatkan peserta yang bergerak daripada beberapa ‘checkpoint’ seperti pusat beli belah Sogo, Masjid Negara, PWTC, Masjid Jamek dan Jalan Parlimen.

Pelbagai video dan foto dikongsikan peserta Himpunan 812 di mana ada antara mereka kecewa kerana gagal memasuki Jalan Raja dan mendengar ucapan para pemimpin yang hadir.

Astro AWANI kongsikan video pandangan udara sumbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta jurugambar Astro AWANI, Shahir Omar.

Pemandangan Himpunan.

Himpunan 812: Terima kasih kerajaan Malaysia!

Himpunan 812: Terima kasih kerajaan Malaysia!

Peserta Wan Harfizie Wan Mustapha merakamkan ucapan syukur kerana kerajaan Malaysia komited atas penolakan ICERD. -Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Ribuan peserta perhimpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan Malaysia tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Peserta Wan Harfizie Wan Mustapha merakamkan ucapan syukur kerana kerajaan Malaysia komited atas penolakan ICERD.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan dan kami berhimpun atas tanda syukur,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Sabtu.

Hasil tinjaun Astro AWANI kelihatan lebih ramai orang yang hadir dan membanjiri di tempat berbeza seperti Dataran Merdeka, SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Peserta Himpunan 812 pengsan

Peserta Himpunan 812 pengsan

Peserta yang pengsan terdiri daripada kalangan orang tua dan yang uzur. -Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Beberapa peserta dilaporkan pengsan ketika Perhimpunan Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD pada Sabtu.

Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati peserta yang terjejas itu terdiri daripada kalangan orang tua dan yang uzur.

Peserta himpunan diminta memberi laluan bagi membawa mangsa keluar dari lokasi.

Sumber Artikel: Astro Awani

1 Trackback / Pingback

  1. [VIDEO] Peserta Himpunan 812 Tumbang Dalam Keadaan Sesak - Gen 2

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*