PH Johor Sudah Cukup Kerusi, Perikatan Nasional Akan Tumbang Bermula di Johor

MALAYSIA: Nampaknya Pakatan Harapan Johor begitu yakin mampu membentuk kerajaan negeri Johor kembali apabila mereka mengatakan bahawa mereka sudah mempunyai bilangan kerusi ADUN yang cukup bagi membentuk kerajaan negeri.

Menurut pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata bahawa bilangan kerusi ADUN yang diperlukan bagi membentuk kerajaan negeri sudah mencukupi dan diperolehi.

Pakatan Harapanya menurut hanya menunggu masa yang sesuai bagi membuat tindakan seterusnya iaitu mengambil kembali kerajaan Negeri Johor dari Perikatan Nasional.

Tambah Mohd Zuhan, perbezaan pada sebelum ini antara Pakatan Harapan dengan Perikatan Nasional adalah satu kerusi dan ia menunjukkan kerapuhan sebuah kerajaan yang dibina oleh Perikatan Nasional.

Ini ditambah dengan konflik yang ada di dalam Parti BERSATU sudah pasti ia akan memberi kesan kepada kerajaan negeri.

Jadi tegas Dr Mohd Zuhan gerak kerja Pakatan Harapan telah dilakukan dan membuktikan bahawa kerajaan Perikatan Nasional hari ini akan menjadi kerajaan terpendek dalam sejarah negeri Johor dengan kerapuhan dalam mereka membentuk kerajaan di negeri ini.

Menurutnya lagi, Pakatan Harapan sudah mengenal pasti beberapa Adun Perikatan Nasional di Johor yang mampu bagi menuntukkan prinsip mereka mempertahankan mandat rakyat bagi bertaut semula dengan Pakatan Harapan di negeri ini.

Senarai terbut bakal memberikan kuasa kepada Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri semula dengan bilangan yang lebih stabil berbanding dengan kerajaan Perikatan Nasional hari ini.

Apabila ditanya mengenai ADUN manakah yang memberi sokongan kepada PH, beliau tidak mendedahkan perkara tersebut, namun dalam pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa Pakatan Harapan menerima mana-mana ADUN dari PN yang mahu bersama mereka.

ā€œSaya hanya menegaskan bahawa bilangan sudah cukup, Rakyat hanya perlu tunggu dan lihat keadaan ini berlakuā€

ā€œKami juga tidak menafikan bahawa bukan sahaja ADUN dari kawan lama Pakatan Harapan yang menyokong kamiĀ  namun dari parti-parti lain di kalangan mereka menyatakan rasa sokongan mereka kepada Pakatan Harapan.ā€

Dalam masa yang sama, Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Aminolhuda Hassan dalam sidang media pagi semalam mengatakan bahawa beliau yakin dan percaya ramai dikalangan wakil rakyat masih lagi pro Tun Mahathir dan akan berpihak kepada Pakatan Harapan.

Beliau turut menambah sekiranya ada dikalangan ADUN dari PKR yang menyokong Perikatan Nasional dan mahu kembali kepada Pakatan Harapan dipersilakan dan akan diterima kembali.

Manakala menurut Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran kepada rakyat bahawa PH akan merampas kembali Putrajaya adripada kerajaan PN sebelum persidangan parlimen akan datang iaitu bermula Julai.

Apabila ditanya mengenai adakah mereka akan menghadap Agong tidak lama lagi, Salahuddin tidak memberi jawapan dengan jelas dan hanya mengatakan bahawa tunggu dan lihat sahaja nanti, PH memerlukan masa.

Namun dalam dialog yang disiarkan di Facebook kelmarin mengatakan bahawa gelombang perubahan kerajaan akan bermula di negeri Johor.

RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*