“Kereta Di Tarik, Harta Peninggalan Tak Dapat, Pihak Sana Yang Urus Semua” – Isteri Arwh Abam Bongkar Keadaan Sebenar Yang Telah Berlaku

TINDAKAN adik Allahyrham Abam iaitu Ali Puteh memuat naik status berbaur hinaan kepada balu abangnya iaitu Noor Hidayah Mohd Ali tanpa berfikir panjang menimbulkan kemarahan netizen di laman sosial.

Ali tidak dapat menahan kemarahannya apabila video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Shukri yang menemuramah Hidayah secara langsung di Facebook dengan pertanyaan berunsur prov0kas1 berkaitan harta peninggalan Abam.

Menerusi dua video berkenaan, Aliff pada awalnya bertanya tentang perancangan Hidayah untuk meneruskan kehidupan selepas bergelar ibu tunggal.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Kemudian pembantu Aliff yang berada di sebelahnya bertanya tentang khabar bahawa kereta yang sering digunakan Hidayah telah ditarik oleh pihak keluarga Abam sehingga mereka terpaksa mengunakan khidmat grab.

Status Ali yang dianggap kasar menerima kecaman netizen.

Antara soalan yang diajukan Aliff dan pembantunya kepada Hidayah:

“ Sebelum ini Hidayah suri rumah dan apa perancangan selepas ini?” soal Aliff.

“ Selepas ini saya uruskan bisnes bapa saya,” jawab Hidayah.

“ Saya dengar kereta akak kena tarik bagaimana akak nak uruskan bisnes tu? Boleh akak ceritakan sikit?” soal pembantu Aliff.

“ Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi…” jawab Hidayah.

“ Khabarnya arwh seorang yang sering bersedekah, bagaimana dari segi harta wasiatnya?” tanya Aliff.

“ Saya tak tahu belah sana uruskan, sekarang saya tiada apa-apa. Saya cuma fikir nak besarkan anak sahaja,” ujarnya.

Pendedahahan menerusi video tersebut menimbulkan tanda tanya ramai pihak yang beranggapan nasib isteri dan anak Allahyarham tidak terbela.

Malah, status Ali yang mengecam tindakan kakak iparnya itu menerusi status berbunyi

“ bila balu arwh Abam berhati binatang” menimbulkan lagi kemarahan netizen.

Bagaimanapun, Ali bertindak memadam status tersebut atas nasihat rakan-rakan artis.

Rata-rata netizen berpendapat Ali tidak sepatutnya berkata begitu terhadap kakak iparnya itu.

“ Apa pun Ali tidak patut post tentang isteri arwh berhati b1natang, itu kesilapan besar… kasihan arwh.

“ Kami semua sayang keluarga Abam, semoga masalah ini dapat diselesaikan secara bijak jangan kongsi di media sosial,” ujar netizen.

Bagaimanapun, menerusi komen tersebut, Ali berkata dia akan menjelaskan perkara sebenar dalam masa terdekat.

“ Nanti saya akan beritahu kenapa saya berkata begitu, InsyaAllah ada kebenaran di situ, doakan saya hamba Allah yang hina ini,” tulisnya.

Sebelum ini, Ali mencabar Aliff untuk bersemuka dengan dia dan keluarganya selepas video tersebut viral dan menerima kecaman netizen.

Abam menghmbuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak, Selangor selepas mengalami dem4m pnas berpanjangan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokthar Syed Mohd Redzuan men1nggaIkan isteri dan seorang anak lelaki berusia lapan bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: kasi viral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*