Terkini PM TSMY Umumkan PKPB Ditamatkan Tetapi Akan Digantikan Dengan PKP Yang Baru

Sambung atau tidak? Sebulan rakyat tunggu sejak PKPB dilaksanakan, persoalan sambung atau tidak akhirnya terjawab.

Sepanjang PKPB ini, jelas nyata penurunan jangkitan C0V19 di dalam Malaysia. Di dalam sidang media Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak ‘Abah’ lebih sihat.

Beliau baru sahaja selesai menjalani kuarantin 14 hari akibat ada contact rapat dengan salah seorang positif C0V19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa Malaysia adalah antara negara terawal yang dapat mengawal penularan wbak C0V19.

Beliau juga memuji seluruh rakyat kerana mematuhi SOP seperti penjarakkan sosial justeru kita telah berjaya mengurangkan penularan C0V19.

Perdana Menteri memberitahu kita sedang dalam fasa 4 iaitu fasa recovery (pemulihan).

PKPB Akan Digantikan dengan PKPP

PKPP (Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan) bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Banyak kelonggaran akan diberikan untuk kehidupan harian.

Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10hb June 2020. Bagi mereka yang ingin menziarah ibu bapa atau keluarga yang tinggal di negeri lain sudah dibenarkan.

Perdana Menteri memesan supaya menjaga kebersihan diri.

Perdana Menteri memberitahu saloon gunting rambut, pasar malam, pasar tani pasar pagi serta food truck dibenarkan.

Kelonggaran diberikan kepada pelancongan dalam negeri sahaja. Untuk luar negara masih lagi tidak boleh.

Lagi berita baik bila Perdana Menteri umumkan sambutan Aidiladha dibenarkan termasuk ibadah korban.

Lagi maklumat akan dikemaskini.

Perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Berita baik untuk kita. Perutusan khas Perdana Menteri Perintah Kawalan Pergerakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Posted by mStar Online on Saturday, June 6, 2020

AWATTTSYEIKHH

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*