‘Andai Malam Ini Status Terakhir Saya’ – Kesihatan Semakin Merosot, Suspek COVID-19 Mohon Doa

Berada di wad isolasi jauh daripada keluarga dan anak merupakan mimpi ngeri bagi pesakit COVID-19. Mereka sebolehnya mahu segera sembuh dan pulang kepada insan yang disayangi. Seperti perkongsian wanita ini, dia merupakan suspek COVID-19 dan sedang menunggu keputusan sama ada positif atau negatif. Difahamkan, dia juga mempunyai masalah kesihatan lain yang menyebabkan keadaan bertambah buruk.

Please stay at home, Bersamalah keluarga

Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C-19. Maka percayalah… tanpa sedar hari ini merupakan hari terakhir kita bersama anak suami dan hari terakhir bersama keluarga. Ketika dikuarantin di wad tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, 2 minggu kesunyian di hospital bertemankan nurse dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, nurse dan makcik cleaner, tanpa jemu nurse membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga.

Rindu pasti meruntun jiwa, terbayang wajah orang yang disayangi. Selepas itu kesihatan makin merosot, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat. Hari berganti kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu ayah anak dan isteri, maka percayalah kini sudah 3 minggu kita tidak menatap wajah anak suami ibu mahupun ayah. Nazak menjelma, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan nurse sedaya upaya memberi bantuan terakhir.

Ditakdirkan Allah lebih menyayangi dan kita pergi meninggalkan keluarga, percayalah masih tiada seorang pun ahli keluarga boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal, dan ditanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita. Semuanya diurus pihak hospital dengan prosedur ketat, perginya terlalu pantas dan tidak di sangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh dan pada ketika ini BERSAMALAH KELUARGA, PLEASE STAY AT HOME…

Kesihatan semakin merosot

Aku ni tepu dah kat hospital ni.. Cepat la berakhir.. Nak mat1 pun cepat la mat1.. Tak daya dah.

Kesihatan saya semakin drop. Tunggu bantuan dari doc. Tolang doakn saya. Doa anda semua saya perlukan sekarang ni. Andai malam ni status sy yg terakhir sy minta maaf pada semua andai ada salah dan silap.

Dibenarkan guna telefon untuk berkomunikasi

Sedikit perkongsian docktor dah masuk bagi rawatan dan ubat. Maaf sy tak dapat nak balas komen satu-satu sebab keadaan tak mengizinkan. Yang tanya sy kenapa sy masih boleh guna talifon di ward kerana di ward ni sy diasingkn jauh. Untuk nurse dan doktor masuk dalam ni apa-apa doktor atau nurse akan call atau sy akan call mereka utk dapatkan rawatan. Sebab bila mereka masuk ke sini semua kena lengkap berbungkus then lepas mereka masuk dalam ward sy ni mereka kena mandi dan tukar baju. Bila keadaan yg sy perlukan nurse baru sy call. Sbb tu hp sentiasa berada dgn sy 24hour. Minta netizen janganlah salah anggap pihak hospital tak bertanggungjawab bg sy menggunakan talifon semasa di ward isolasi. Utk masuk ke ward sy ni bila perlu sahaja then untuk langkah keselamatan para doktor dan nurse.. Kasihan mereka yg berjuang utk pesakit covid 19 dan kamu semua. Harap semua positif ya.. Jangan lupa doakan saya pulih sepenuhnya..

Ape pun tunggu result ye jangan wat andaian ye semua. Suspek sahaja negative atau positif tunggu laporan sahaja. Sebab saya ada masalah kesihatan lain juga..

Sumber : Nur Aina Insyirah

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*