Keputusan Penuh AJL 35, Juara Memang Tidak Disangka-Sangka, Tahniah Diucapkan

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986.

Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Sebanyak 12 lagu berkualiti beren.tap dalam persaingan Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Ia dikendalikan dalam suasana norma baharu dan pematuhan prosedur 0perasi standard (SOP) tanpa kehadiran penonton bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tirai persembahan AJL35 dibuka dengan persembahan Ratu Rock, Ella bersama Naim Daniel dan Yonnyboii.

Selain itu, buat kali pertama, lagu istimewa nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju yang berjudul Baik Semula akan dipersembahkan.

Lagu berkenaan berkisar situasi yang berlaku di Malaysia sekarang.

Selain itu, persembahan interlude AJL35 bertemakan Projek Band akan menampilkan Hujan, Hazama & The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret.

Semua kumpulan akan mempersembahkan aksi medley dan ‘mash up’ lagu terbaik, sambil bergandingan dengan Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

Manakala, Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni selaku hos akan mengendalikan acara berprestij dalam situasi norma baharu.

Antara yang tercalon termasuk ‘Hutang’ nyanyian kumpulan Floor 88, Gundah (Ernie Zakri), Gila (Kaka Azraff, Noki & Tuju), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul) dan Peluang Kedua (Nabila Razali feat. MK K-Clique).

Turut serta, Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), 7 Nasihat (Kmy Kmo, Luca Sickta & Shiha Zikir), Kau Sakiti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).

Tahun lalu, penyanyi Naim Daniel diangkat sebagai juara AJL34 menerusi lagu ciptaan dan nyanyiannya, Sumpah.

Berikut merupakan keputusan AJL35 mengikut trofi yang dipertandingkan:

Keputusan Juara Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2021 (TV3)

Juara Lagu – Gila – Kaka Azraff, Noki & Loca B, Komposer & Lirik: Noki, Loca B & Ezra Kong

Naib Juara / Tempat Kedua – Semalam – Aina Abdul, Komposer & Lirik: Aina Abdul

Tempat Ketiga – Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah, Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Vokal Terbaik – Gundah – Ernie Zakri, Komposer & Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul

Persembahan Terbaik – EH – Zizi Kirana, Komposer: Navigator & Zizi Kirana, Lirik: Mambang & Zizi Kirana

Info AJL 35

  • Tarikh penganjuran adalah pada 14 Mac 2021 dan berlangsung pada jam 9 malam.
  • Selain TV3, acara berprestij ini juga boleh distrim secara ‘live’ di saluran Youtube TV3 Malaysia.
  • Seperti tahun lalu, AJL mengekalkan penglibatan 10 orang juri untuk membuat penilaian markah pada lagu-lagu yang tercalon.
  • Barisan panel terdiri daripada juri pada peringkat separuh akhir termasuk muka-muka baharu.
  • Pra penjurian telah dibuat lebih awal dan diteruskan pada malam kemuncak.

Terima kasih atas persembahan mantap dari para peserta dan tahniah kepada semua pemenang AJL 35 Anugerah Juara Lagu tahun 2020.

Artikel kredit dari gempak.com / awattsyeikhh

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*