PoIis Cari Wanita Didkwa Guna “Cable” KPN Untuk Langgar Arahan PKP

PETALING JAYA: PoIis akan mengenal pasti seorang wanita untuk dirakam percakapan susulan dkwaannya di media sosial bahawa dia menggunakan nama ketua poIis negara untuk melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua PoIis Negara, Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak pernah dihubungi mana-mana pihak atau individu untuk mendapatkan kebenaran bagi membuat pergerakan ke mana-mana destinasi.

Perkara ini sedang disiasat. Saya tidak pernah dihubungi oleh sesiapapun untuk mendapatkan kebenaran membuat pergerakan sebegini,” katanya, hari ini.

Hamid berkata, poIis juga setakat ini belum mendapatkan kepastian sama ada pemilik akaun media sosial itu sudah melakukan kesalahan seperti melanggar PKP.

“ Buat masa ini poIis belum dapat pastikan sama ada wanita ini benar-benar melakukan apa-apa kesalahan melanggar PKP. PoIis akan rakamkan percakapan wanita ini sejurus ia berjaya dikenalpasti,” katanya.

Terdahulu, tular status yang dimuat naik seorang wanita di Twitter yang mendkwa menggunakan “cable” ketua poIis negara dalam usahanya melakukan pergerakan ke Kuantan, Pahang.

Selepas mendapat kritikan netizen, wanita berkenaan bertindak memadamkan akaun media sosialnya, namun beberapa tangkap layar status berkenaan masih berlegar di media sosial.

Terdahulu kenyataan KPN,

Ketua PoIis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak untuk mendapatkan pengecualian sepanjang pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu.

Katanya, kebenaran atau sebarang pengecualian hanya diberikan bagi kes membabitkan kebajikan orang kurang upaya (OKU) dan pesakit.

“Saya tidak pernah dihubungi oleh sesiapapun untuk mendapatkan keistimewaan bagi melakukan sebarang perjalanan tidak wajar dalam tempoh PKP ini berkuatkuasa.

“Segala peraturan yang terkandung dalam PKP ini mestilah dipatuhi oleh semua pihak,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu status dimuat naik seorang wanita menerusi akuan Twitter miliknya mendkwa menggunakan ‘kabel’ atau kenalan Ketua PoIis Negara untuk bergerak ke Kuantan, Pahang yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Selepas mendapat krtikan, wanita berkenaan memadamkan akuan media sosialnya, namun beberapa tangkap layar status berkenaan masih tular di media sosial.

FMT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*