Polis Mendedahkan Satu Fakta Mengejutkan Mengenai Pasangan Suami Isteri Ini

PUTRAJAYA – Siasatan kes kem4tian seorang lelaki dan wanita yang disangka pengantin baharu dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kelmarin bertambah rumit apabila kedua-dua mereka disahkan masih belum berkahwin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan dan merancang majlis perkahwinan pada Jumaat ini.

KOMEN DARI JIRAN

Suami Isteri

Jelasnya, menerusi siasatan polis terhadap jiran terdekat, kedua-dua mangsa juga telah tinggal di rumah tersebut sejak enam bulan lalu.

“Mangsa lelaki, Wan Baharul Nizam Wan Bakar,35, merupakan seorang duda dan mempunyai tiga orang anak. Dia juga telah berpisah dengan isteri pertamanya dua tahun lalu.

“Punca kem4tiannya menerusi hasil bedah siasat mendapati mangsa lemas akibat asap kebakaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Fadzil, siasatan lanjut terhadap kes itu masih dijalankan.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, kes kem4tian lelaki dan wanita itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Hasil laporan awal bedah siasat terhadap mayat Norwahidah Abdul Hamid, 28, mendapati ada unsur jenayah apabila terdapat kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepalanya.

Polis sedang dalam proses merekod beberapa keterangan individu di tempat kejadian bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kertas siasatan kes tersebut telah dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber Artikel: Kosmo Online

Jenazah pengantin baharu dibawa pulang ke Terengganu

Jenazah Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35 yang ditemui ma ti bersama isterinya dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Salak Tinggi, Sepang, Selangor semalam dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Felda Tenang di sini dari Hospital Sepang.

Kakak mangsa, Wan Rosina Wan Bakar, 48, berkata, jenazah sedang di bawa pulang dan dijangka tiba di sini sekitar jam 3 pagi kemudian dijangka akan dikebumikan selepas Subuh esok.

Menurutnya lagi, jenazah Wan Mohd Baharul Nizam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenang selepas solat jenazah di masjid Felda berkenaan.

Dalam pada itu dia berkata, keluarga belum mengetahui secara jelas lagi tentang laporan yang dibuat oleh polis petang tadi bahawa kem4tian pasangan itu diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Sementara itu ibu Wan Mohd Baharul Nizam, Siah Mohamad, 65, berkata, dia sekeluarga amat terkejut mendapat berita tragis itu apatah lagi sudah hampir dengan majlis resepsi sebelah keluarga perempuan pada Ahad ini.

Menurutnya lagi, manakala majlis menyambut menantu yang bakal berlangsung di sini akan diadakan pada Rabu depan sempena Cuti Tahun Baharu Cina.

“Kali terakhir saya berhubung dengan anak saya itu pada malam sebelum kejadian dan meminta dia membeli pinggan berwarna putih di Ikea.

“Pinggan tersebut bagi mengisi lauk-pauk untuk kenduri menyambut menantu dia dan isterinya nanti kerana warna putih dipilih kerana kebetulan tirai pelamin yang ditempah juga berwarna putih,” katanya.

Siah berkata, Wan Mohd Baharul Nizam adalah merupakan anak kelima daripada tujuh beradik dan baru berkahwin dengan isterinya, Norwahidah Abdul Hamid, 28, pada hujung November lalu.

Menurutnya, pada awalnya mereka sepatutnya mula bercuti pada Sabtu lepas bagi menguruskan majlis kedua-dua belah pihak namun mereka terpaksa menangguhkannya kerana tuntutan kerja masing-masing sebagai kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Sumber Artikel: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*