Ayah Pergi Hari Ke 3 SPM, Peguam Syarie Kongsi Pengalaman Pemergian lnsan Tersayang

MALAYSIA: Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Dua insan yang tiada nilai gantinya sampai bila-bila. Sudah pasti akan menjadi pengalaman yang sangat sukar dilupakan apabila insan tersayang ini mnggalkan kita buat selama-lamanya.

Kisah adik Muhammad Haikal Iskandar semalam membuat ramai wargamaya sebak dengan apa yang menimpanya. Jasad ayah tidak bernyawa di bawa ke pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru sudah pasti membawa suasana hiba warga sekolah apatah lagi seorang anak.

Perkongsian Adik Haikal ini juga telah membuat seorang peguam syarie berkongsikan cerita yang hampir sama yang terjadi pada dirinya ketika menjawab soalan Sijil Pelaran Malaysia 2012. Berikut kami kongsikan kisah yang dicoret oleh Mohd Ajrul di akaun facebook miliknya.

Apa yang berlaku kepada adik Muhammad Haikal Iskandar mengingatkan saya pada apa yang berlaku semasa saya mengambil Spm 9 tahun lepas, saya juga kehilangan seorang insan yang bergelar “Abah” pada hari ke tiga Spm (paper Sejarah). Saya mendoakan agar Adik Muhammad Haikal kuat dan tabah menghadapi dugaan yang amat berat buatnya disaat menduduki peperiksaan SPM insan tersayang bergelar ayah pergi buat selamanya.

9 tahun sudah, hari pertama dan kedua saya menduduki Spm, Abah bertanya bagaimana periksa dan mengharapkan agar saya buatkan yang terbaik untuk masa depan saya. Bezanya pada hari kedua Spm, Abah duduk di depan pintu bilik melihat saya membaca buku teks Sejarah untuk peperiksaan pada hari ketiga. Tenungan Abah untuk memastikan saya betul2 ulangkaji semasa itu sampai saat ini tak dapat dilupakan.

Seusai subuh pada 7/11/2012, saya bersiap2 untuk ke sekolah lebih awal, tak sabar rasanya untuk menjawap paper Sejarah. Namun, jam 6.30 pagi itu saat saya membetul-betulkan tali leher, terdengar Abah rebah di ruang tamu rumah. Semua bergegas ke Abah, saya bergegas keluar rumah mencari jiran dan meminta pertolongan. Ada saudara (terima kasih mail) bergegas datang dan hidupkan enjin kereta Abah untuk bawa Abah ke Klinik Kesihatan Cheroh. Jiran2 semua datang menjaga along & adik2 yang masih kecil ketika itu untuk saya dan mak bawa Abah ke klinik.

Saat mengangkat Abah ke dalam kereta, hati kami kuat mengatakan Abah masih ada ni, walau jelas tiada hembusan nafas dan nadinya tidak lagi berdenyut. Saya di kaki mak di kepala hanya berserah pada Allah swt. Sampai di Klinik, Pegawai Perubatan mengesahkan Abah sudah tiada akibat serangan jantung.

Saya yang sepatutnya ke sekolah awal pada hari itu, tidak lagi mahu ke sekolah, buat panggilan ke Ustazah Rosniah di sekolah memaklumkan Abah dah tak ada dan tak mahu ambil Spm, Ustazah cakap kalau tak ambil tahun ni, Ajrul kena ambil tahun depan, Mak datang dan nasihat pada saya “Angah kena ambil Spm ni, Abah pun mesti nak Angah ambil periksa ni”. Dengan hati yang berat, langkah yang longlai, saya balik ke rumah bersendirian meninggalkan Mak dan jenazah Abah di Klinik.

Sampai di rumah adik2 tanya, Mak Abah mana Angah??? Saya diam dan cakap pada Hakim yang baru tingkatan 1 masa tu untuk kuat dan jangan nangis depan adik2, Angah pergi sekolah kejap ambil periksa. Saya ke sekolah dibawa Ustaz Syed Sulaiman menaiki motosikal, Ustaz Syed murabbi saya yang banyak nasihat saya di SMA Al Falah, maklumlah, saya je anak lelaki kampung yang bertahan sampai ke tingkatan 5 semasa itu.

Sampai di sekolah, kawan-kawan semua dah mula menjawab Spm Kertas 1 Sejarah, saya masuk dan duduk untuk menjawab periksa waktu itu. Walaupun kertas banyak basah dengan air mata yang mengalir masa itu, saya tetap gagahkan diri utuk terus menjawab. Habis kertas 1, ramai cikgu datang bawa sarapan dan datang untuk memberi semangat pada saya ketika itu, Ya Allah, sebaknya waktu tu tak dapan dikata, fikir Mak dan Abah di Klinik, along dan adik2 di rumah.

Kemudian saya sambung menjawab Sejarah kertas 2, masa diperuntukkan 3 jam. Selepas sejam yang pertama, ada kawan Abah (Cik Zul) datang ke dewan peperiksaan, memaklumkan kepada ketua pengawas peperiksaan ( Cikgu Zukornain Suman) bahawa jenazah Abah dah ada dirumah dan sedang ingin dimandikan, saya dibenarkan balik seketika untuk memandikan dan mengkafan jenazah Abah ketika itu. Terima kasih Cikgu Zukornain kerana membenarkan saya menjalankan tanggungjawab saya yang terakhir kepada seorang Ayah ketika itu.

Selesai mandi dan kafankan jenazah Abah (hampir sejam) saya bergegas semula ke sekolah untuk sambung menjawab Sejarah kertas 2 itu. Tak dapat bayang saya, berat nya ujian ketika itu bagi saya. Saya tetap juga ke sekolah dan sambung jawab. Masa tambahan yang diberikan juga saya tidak ambil, kerana nak balik dan solatkan jenazah Abah.

Saya balik dapat melihat ramainya saudara, sahabat dan kenalan arwah datang ke rumah kemudian solatkan jenazah Abah berkali2 di rumah. Ya Allah, ramainya sayangkan Abah! Abah baik, suka bantu orang, Abah adalah Abah yang terbaik!!
Ramai iring jenazah Abah ke kubur. Alhamdulillah saya dapat selesaikan jenazah Abah sehingga ke pengkebumian.

Inilah moment yang tak akan pernah saya lupa dalam hidup saya. Ya Allah, tempatkan Abahku di kalangan orang beriman.

Hidup di dunia tidak pernah mencatatkan adanya orang terselamat daripada ujian. Diuji kehilangan orang disayangi, dihimpit dengan keperitan kewangan, berhadapan kebencian orang dan pelbagai ujian lagi. Manusia berasa resah kerana tidak dapat berpaut kepada dahan yang kukuh.

Namun saya yakin dan oercaya bahawa Orang Mukmin tidak akan berasa kecewa dengan sesuatu yang luput dan hilang daripada sisinya, dia tidak berasa resah dengan ujian yang menimpanya kerana semua terjadi dengan izin dan takdir Allah SWT. Segala keputusan Allah SWT adalah baik sekalipun manusia melihat sebaliknya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah an-Nisa’, ayat 19) Semoga kita semua sentiasa menghargai Ibubapa kita yang masih ada, dan semtiasa mendoakan mereka yang telah pergi mendahului kita. Nikmat kasih sayang daripada Ibubapa amatlah besar yang Allah swt kurniakan.

Mengingatkan hakikat inilah Nabi SAW mengajar satu doa, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon berlindung pada-Mu daripada hilangnya nikmat pemberian-Mu, berpalingnya afiat daripada-Mu dan kejutan kemurkaan-Mu dan berhimpun kemarahan-Mu.” (Riwayat Muslim).

Saya selalu ditanya bagaiman tempuh semu itu ketika itu, saya tak ada jawapan yang tuntas, namun apa boleh saya katakan “jika kita rasa ujian yg kita sedang hadapi sekarang ini berat untuk kita tanggung,ketahuilah ujian untuk orang lain lebih berat lagi.”

Sekarang saya hanya ada Mak, Impian saya nak bahagiakan Mak! Mak yang banyak berjasa buat kami adik beradik! Moga Syurga buat Mak

Sumber/Kredit : Kini Mysumber/niaga kini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*