(VIDEO) Polis Terpaksa Tembak Tayar Kereta. Ini Yang Dijumpai Dalam Kereta Yang Ditembak Tersebut

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) terpaksa melepaskan dua das tmbakan ke arah tayar sebuah kereta Nissan Teana dengan niat untuk mempertahankan diri.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 4.30 petang kelmarin, anggota berkenaan sedang bertugas di Jalan Genting Klang susur Jalan Air Panas sebelum mengesan kenderaan yang dinaiki dua lelaki yang melanggar lampu isyarat.

“Anggota terbabit cuba menahan kereta tersebut namun pemandunya tidak mahu berhenti dan terus memecut laju menghala ke Jalan Gombak.

Berikut kronologi kejadian

Pada jam lebih kurang 1630 hrs 18.5.2020 semasa Kpl 16XXXX (Anggota point duty) menjalankan tugas kawalan lalulintas di jalan Genting Klang setapak telah nampak sebuah kereta jenis nissan Teana Hitam JPY 2769 dinaiki 2 lelaki bngsa tak pasti dlm keadaan mencur1gakan.

Anggota JSPT telah mengekori kereta yang dinaiki sspek kemudian kereta itu cuba menghimpitnya. Kereta itu juga telah melanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Gombak menuju ke Kampung Padang Balang,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Zulkefly berkata, keadaan lalu lintas di kawasan itu agak sesak, anggota terbabit telah memberhentikan motosikalnya di tepi jalan dan cuba mengejar serta menahan kereta itu.

“Anggota terbabit juga terpaksa melepaskan tmbakan ke arah tayar kereta berkenaan namun kereta itu masih memecut laju sehingga memasuki Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE),” katanya.

Beliau berkata, kereta yang dinaiki sspek telah terbabas dan tersangkut di penghadang tengah lebuh raya berkenaan.

Lari daripada PDRM

MAKLUMAN AWAL KEJADIAN KEJAR MENGEJAR MELEPASKAN TEMBAKAN OLEH ANGGOTA JSPT KLPada jam lebih kurang 1630 hrs 18.5.2020 semasa Kpl 16XXXX (Anggota point duty) menjalankan tugas kawalan lalulintas di jalan Genting Klang setapak telah nampak sebuah kereta jenis nissan Teana Hitam JPY 2796 dinaiki 2 lelaki bangsa tak pasti dlm keadaan mencurigakan . Dia cuba menahan kereta tersebut untuk pemeriksaan namun suspek memecut kearah jln Gombak sehingga melalui jalan bertentangan . Semasa dalam keadaan jln sesak di situ dia telah turun dan terus menuju ke kereta tersebut untuk menyuruh pemandu turun dan berhenti dengan mengetuk kereta tersebut suspek malah cuba melangarnya . Anggota trsbt terus lepaskan 2 das tembakan di tayar hadapan sebelah kanan bagi memberhentikam kereta tersebut. Selepas tembakan itu suspek terus memecut hingga ke Duke Highway dan kereta tersebut akhirnya terhenti di tengah besi pembahagi jalan dan suspek telah lari meninggalkan kereta . Pemeriksaan di dalam kereta menemui satu paket dadah disyaki jenis Syabu.Maklumat lanjut akn menyusulTKasih▶️KJSPT KL#Inforpadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, May 19, 2020

“Sspek telah melarikan diri dan poIis telah menjumpai satu peket plastik dipercayai ddah jenis sy4bu dalam kereta itu.

“Polis masih mengesan sspek, kereta tersebut dipercayai milik seorang wanita yang beralamat di Senai, Johor,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Kesksaan.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*