Rosmah Gagal Hadir Ke Perbicaraan Hari Pertama. Rupanya Dia Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital. Peguam Dedahkan Apa Sakit Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini lewat malam tadi untuk menerima rawatan susulan selepas mengalami sakit belakang dan tengkuk yang serius.

Kesakitan yang dialaminya menyebabkan beliau tidak boleh duduk lama.

Rosmah yang ditemani Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke hospital kira-kira jam 10.30 malam tadi, menurut laporan portal Malaya Post.

Sumber yang rapat dengan bekas Perdana Menteri turut mengesahkan perkara itu.

Katanya, Rosmah yang telah menerima rawatan di hospital tersebut sebelum ini akan menjalani rawatan lanjut pagi ini.

Semalam, perbicaraan rasuah membabitkan Rosmah di Mahkamah Tinggi ditangguhkan kerana beliau mendapat cuti sakit.

Kes tersebut ditangguhkan Rabu

Peguamnya, Datuk Jagjit Singh memberitahu Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa Rosmah tidak sihat dan doktor telah mengeluarkan sijil perakuan sakit pada 2 Februari lalu.

Peguam itu turut mengemukakan laporan perubatan Rosmah kepada mahkamah yang mengatakan beliau dirawat di sebuah hospital swasta, kelmarin.

Rosmah ketika ini berdepan tiga pertuduhan rasuah mencecah ratusan juta ringgit melibatkan projek solar hibrid untuk membekalkan kuasa elektrik kepada 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.

Beliau didakwa bersubahat untuk menerima rasuah RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Rizal Mansor.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Malaysia Gazette

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*