Rakaman Mengejutkan CCTV Jambatan Pulau Pinang Detil SUV Itu Terjatuh Ke Dalam Laut

Scroll Ke Bawah Untuk Lihat Video CCTV Atau Baca Entri Seterusnya..

Pasukan pencari dan penyelamat (SAR) berjaya menemukan kenderaan SUV Mazda CX-5 yang terhumban dalam laut sekitar jam 4 petang Isnin.

Kereta itu dijumpai pada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid yang mengesahkan penemuan itu berkata kenderaan itu dijumpai pada kedalaman 15 meter.

Ketika ini, pasukan penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menaikkan kenderaan tersebut.

Kereta jatuh jambatan mungkin terbenam dalam lumpur – Pasukan SAR

Lokasi pencarian yang kemungkinan berlumpur menyebabkan pasukan penyelam masih gagal menentukan lokasi sebenar kenderaan SUV yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, awal pagi Ahad.

Koordinator SAR, Laksamana Maritim Rozali Mohd Said berkata pada masa yang sama keadaan arus yang deras turut menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kemalangan.

Selain itu, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan beg udara keselamatan di dalam SUV berkenaan yang terbuka ketika kemalangan menyebabkan kenderaan itu dihanyutkan dari lokasi ia dilaporkan terjatuh.

“Pasukan bomba berusaha mencari di tempat kejadian semalam, tetapi amat mengecewakan. Keadaan air terlalu gelap dan dipercayai tempat itu berlumpur.

“Memandangkan kereta jatuh dengan impak kuat, terlalu laju pada ketinggian tinggi, kemungkinan sama ada ia terbenam dalam lumpur atau kalau beg udara beroperasi, ia akan terapung. Kemungkinan dibawa ke tempat lain,” kata Rozali

Tambahnya, pada hari kedua pencarian, pihaknya telah menambah kekuatan anggota dan aset.

Ketika ini, seramai 108 anggota serta 16 bot pelbagai agensi sedang melakukan operasi SAR.

Rakaman CCTV SUV Terhumban Ke Laut

Rakaman detik akhir kemalangan itu yang dirakam sistem kamera litar tertutup CCTV di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang.

Video Kredit: Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*