
PERTEMUAN ‘istimewa’ antara dua individu di sempadan Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri di hari pertama Syawal semalam meruntun jiwa netizen selepas tular di media sosial.
Video Berada Di Bawah Artikel
Video yang dirakam seorang warganet Nur Adilah Abu Sien berdurasi satu minit 57 saat itu mendapat tontonan lebih 55,000 orang sehingga tengah hari ini.
‘Abang, adik’ terhalang kawat duri
Rakaman di sebuah jambatan dipercayai di sempadan Hulu Selangor dan Perak itu memaparkan seorang wanita cuba mengambil lemang daripada seorang lelaki dipercayai abangnya.
Pertemuan abang dan adik di sempadan daerah hulu selangor musim pkpb… Terlerai jua kerinduan,walaupon dihalang oleh jejari besi
Pertemuan abang dan adik di sempadan daerah hulu selangor musim pkpb… Terlerai jua kerinduan,walaupon dihalang oleh jejari besi😢😢😢😭😭😭😭#hariraya2020#sempadanselangordanperak
Posted by Nur Adilah Abu Sien on Saturday, May 23, 2020
Wanita itu dirakam mencium tangan lelaki berkenaan sambil mengusap pipinya.
Lebih menyentuh jiwa, aksi itu dirakam ketika mereka dipisahkan dengan kawat duri yang dipasang pihak berkuasa bagi melarang orang ramai merentas negeri kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Nur Adilah turut meletakkan kapsyen pertemuan itu: “Terlerai jua kerinduan, walaupun dihalang oleh jejari besi”.
Netizen yang melihat video dengan latar belakang lagu raya popular dendangan Aishah, Pulanglah menitiskan air mata atas pertemuan keluarga berkenaan.
HMETRO ONLINE
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply