Rakaman Video Seorang Lelaki Mengamuk, Berang Terpaksa Tunggu Di Kaunter Kerajaan 4 Jam

Pastinya ramai yang pernah mengalami situasi terpaksa menunggu lama ketika berurusan di mana-mana kaunter perkhidmatan. Kekurangan pekerja, kekangan sistem sedia ada adalah antara sebab mengapa proses tersebut lewat.

Namun tahap kesabaran seseorang itu ada batasnya apabila perlu menunggu lama di kaunter perkhidmatan. Begitulah yang dialami oleh seorang lelaki ini yang terpaksa menunggu selama 4 jam dari pukul 10 pagi sehingga 2 petang di pejabat kerajaan.

A Malaysian loses his cool at a government office when he waited from 10am – 2pm, and when he was served, the officer asked him to come back other time citing lack of manpower and its their time for a break – when there’s so many people walking around seemingly doing nothing

4 jam tunggu, suruh balik sebab tak cukup kakitangan?

Lelaki tersebut telah mengamuk di sebuah kaunter perkhidmatan kerajaan, kerana terpaksa menunggu lama untuk berurusan, namun setelah tibanya nombor gilirannya dia dimaklumkan perlu pulang dan datang semula kerana pejabat kekurangan pekerja.

Tindakan lelaki tersebut yang mengamuk di pejabat kerajaan telah dirakamkan oleh seorang individu dan kemudiannya telah memuat naik di Twitter. Video berdurasi 43 saat ketika kejadian tersebut telah tular di laman sosial.

“A Malaysian loses his cool at a government office when he waited from 10am – 2pm, and when he was served, the officer asked him to come back other time citing lack of manpower and its their time for a break – when there’s so many people walking around seemingly doing nothing.”

Rakaman kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai, yang turut meninggalkan komen di posting tersebut. Netizen juga turut berkongsi pengalaman buruk ketika berurusan di kaunter perkhidmatan kerajaan.

Kurang manpower?

I can feel you bro!

Saya pun manusia jugak?

Sumber : Twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*