Rakyat Indonesia Impi Impikan PM Hebat Seperti TSMY

Seperti yang diketahui umum, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat pengiktirafan sebagai Perdana Menteri terbaik yang berjaya memimpin negara sehingga Malaysia disenarai antara negara yang paling selamat di dunia dari wabak Covid-19.

Malaysia dicemburui oleh pelbagai negara yang menzahirkan untungnya Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang hebat yang mampu mengambil langkah yang sangat efektif dalam membebaskan negara dari wabak Covid-19.

Malaysia mendapat pujian dari pelbagai negara seperti Jepun, United Kingdom, Indonesia dan Amerika Syarikat yang sangat terpegun dengan kejayaan negara kita yang mampu menukar dari ‘3 negara paling teruk dilanda wabak Covid-19 di Asia Tenggara‘ kepada ‘antara negara yang paling selamat di dunia dari Covid-19‘.

Pujian tersebut juga diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberikan kerjasama yang utuh pada kerajaan agar kejayaan melawan wabak Covid-19 menjadi realiti.

Seorang rakyat Indonesia melalui channel Youtube beliau ‘About Sastra‘ menghasilkan sebuah video bertajuk Indonesian Reacts to 100 Hari Tok ABAH Perdana Menteri Malaysia.

Sastra begitu terpegun dengan sikap Muhyiddin yang walaupun pada awalnya dibenci rakyat Malaysia yang menggelar beliau sebagai pengkhianat, tetapi tetap bersabar dan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah yang diberikan.

Kesungguhan dan keikhlasan beliau dalam jalankan tugas sebagai PM akhirnya berjaya menambat hati rakyat yang menyayangi beliau sehingga merujuk beliau dengan gelaran ‘Abah’.

Saya bukanlah pemimpin yang dipilih oleh anda, tetapi saya akan pastikan seluruh kabinet melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia” petikan ucapan Muhyiddin ketika mula memegang tampuk kepimpinan sebagai PM.

Sastra juga terharu dengan personaliti Muhyiddin yang dilihat begitu bersahaja dan peramah sewaktu memberikan ucapan seperti seorang bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Keupayaan Muhyiddin dalam membaca doa agar Malaysia bebas Covid-19 dan mampu mengetuai laungan takbir semasa sambutan Hari Raya juga menurut Sastra merupakan satu kelebihan yang jarang dimiliki oleh kebanyakan pemimpin pada hari ini termasuk pemimpin di Indonesia juga.

Di akhir video, Sastra berharap rakyat Malaysia menghargai dan menyayangi pemimpin yang hebat ini kerana menurutnya, Tan Sri Muhyiddin adalah satu dalam sejuta atau ‘One in a million’.

Saya sangat irihati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri yang serba boleh dan pemimpin yang seumpama seorang bapa yang mahukan terbaik untuk anak-anak. “, kata Sastra.

Sastra berharap suatu hari nanti akan lahir pemimpin yang hebat seperti Muhyiddin di tanah Indonesia untuk membawa negara tersebut ke persada dunia.

Terbaik Abah, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini merupakan video tersebut;

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*