Rakyat Luah Rasa Syukur Diatas Perlantikan Mufti WPKL Sebagai Menteri Agama

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan dilantik sebagai senator manakala timbalannya pula ialah Ahmad Marzuki Shaary.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Nampaknya rata-rata warganet suka dengan perlantikan tersebut dan ramai yang mengucapkan rasa syukur serta tahniah. Moga Mufti dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Laman Instagram milik Dr Zulkifli mula dihujani komen warganet yang rata-rata mengucapkan rasa syukur serta tahniah atas perlantikan tersebut.

Bekas mufti wilayah dilantik menteri agama, CEO CIMB jadi menteri kewangan

Malaysiakini

Barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menampilkan dua individu bukan ahli politik yang akan dilantik sebagai senator bagi memegang jawatan menteri kanan.

Ketua pegawai eksekutif CIMB Group Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menerajui Kementerian Kewangan.

Tengku Zafrul, 46, mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam industri kewangan.

Tengku Zafrul akan dibantu oleh dua timbalan yang merupakan ahli parlimen Umno, Abd Rahim Bakeri (Kudat) dan Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar).

Sementara itu, bekas mufti wilayah persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan menguruskan hal ehwal agama.

Zulkifli akan dibantu oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuki Shaary dari PAS sebagai timbalan.

Zulkifli, 51, telah berkhidmat sebagai mufti Wilayah Persekutuan sejak 2014 dan dilihat sebagai tokoh agama yang moderat.

Selain Tengku Zafrul dan Zulkifli, empat lagi individu lain yang bukan merupakan wakil rakyat akan membarisi kabinet Muhyiddin.

Bagaimanapun, hanya Tengku Zafrul dan Zulkifli yang bukan ahli politik.

Dua yang akan dilantik sebagai senator untuk memegang jawatan dalam kabinet merupakan pemimpin MCA, iaitu Naib Presiden MCA, Lim Ban Hong dan Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon.

Dua yang lain ialah Setiausaha Eksekutif BN Dr Ahmad Masrizal Muhammad dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dari Bersatu yang dahulunya merupakan pegawai kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman.

Lim akan mengambil jawatan timbalan menteri perdagangan dan industri antarabangsa, manakala Mah akan menjadi timbalan menteri pendidikan I.

Sementara itu, Masrizal akan menjadi timbalan menteri alam sekitar dan Fayhsal akan menggalas tugas sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Tahniah Datuk Seri

Allahuakbar!

Harap disiasat kes2 yang berlaku

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: malaysiakini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*